Thursday, 2 December 2021

10 Jenis Perniagaan Yang Menguntungkan (MENJADI)

Hai semua..

Korang dah terfikir ke..

Bisnes apa yang korang nak mula untuk tahun depan?

Tinggal beberapa hari je lagi..


Mesti yang dah berniaga tu..

Nak cuba kembangkan bisneskan..

Dan juga start meniaga barang baru pula..

Tapi masih taka da idea??

 


Tak apa..

Kali ni saya nak kongsikan..

10 jenis perniagaan yang menguntungkan..

Bagi korang yang tak pernah berniaga..

Pasti perkingsian ini dapat memberi idea buat korang..

 

Jom baca perkongsian saya kali ini…

 


 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #1

Perniagaan online atau atas talian..

Disebabkan kita masih dalam pandemic ni..

Masih ramai yang takut nak keluar berbelanja..

Jadi korang boleh laa ambil kesempatan ni..

Mulakan bisnes atas talian..

 

Bisnes ni tak perlu modal yang besar tau..

Ye laa korang tak perlu sediakan kedai pon..

Lagi satu..

Kalau korang jadi dropship..

Korang tak perlu pon pegang produk yang korang jual tu..

 

Sini saya kongsi jenis perniagaan online…

Yang popular pada masa sekarang..

 

Dropship…

Untuk pernigaan dropship ni..

Korang tak perlu simpan stok tau..

Korang hanya perlu buat promosi untuk produk tu sahaja..

 

Modal permulaan pon rendah je..

Kalau korang ada masalah kekurangan modal..

Tapi nak start berniaga dalam masa terdekat..

Dan nak kena cari side income…

Dropship ni sangat sesuai untuk korang..

 

Bagi korang yang dah bekerja pon..

Perniagaan ni sangat sesuai tau..

Sebabnya..

Korang boleh buat bila-bila masa sahaja..

 

Tapi kalau korang fokus..

Dan boleh leboh kan masa untuk bisnes ni..

Itu lagi bagus tau..

Sebab korang akan dapat Tarik lebih ramai pelanggan..

 

Bagi korang yang baru nak berjinak..

Dengan perniagaan pula…

Mesti tak berapa fasih ..

Macam mana nak berniaga kan..

Dengan dropship ni..

Korang hanya perlu fokus dengan..

Cara nak cari dan jual produk sahaja..

Cara- cara nak promot pon pembekal yang akan ajarkan…

 

Bagi korang yang tak yakin dengan dropship ni..

Dan masih tak tahu..

Macam mana nak dapat keuntungan..

Dengan perniagaan ni..

Sini saya kongsikan..

 

Harga barang supplier jual RM95….

Harga untuk agen dropship RM75..

 

Masa korang nak buat promosi tu..

Korang boleh letak harga RM95 tu..

Pelanggan akan bank in kat korang RM95 + RM8 (pos)..

 

Tapi korang akan bank in ke supplier RM75 + RM8 (pos)..

Dari sini korang dah dapat untung RM21..

Mudah kan buat keuntungan dengan bisnes dropship ni…

 

Bayangkan kalau dalam sehari..

Korang boleh dapat 2 3 order….

Bagi yang baru bermula…

Korang boleh laa buat target..

Dalam sebulan jual 100 produk..

 

Korang fokusla dulu satu produk..

Jangan baru mula..

Tapi dah jual 5 6 produk..

Bukan apa..

Takut korang tak boleh nak handle..

Dan akan menimbulkan masalah..

 

 

Menulis atau memulakan blog..

Yang ni sangat sesuai..

Bagi korang yang suka menulis artikel…

Korang bolehlaa start buat blog sendiri..

 

Korang pernah tahu tak..

Macam mana nak dapatkan keuntungan..

Melalui blog korang tu..

Saya pasti ramai yang tak tahu kan..

 

Antara caranya ialah..

Korang boleh je tolong bisness syarikat besar..

Dengan menulis artikel..

Dorang akan bayar la..

Kalau artikel yang korang tulis tu bagus..

Dan dapat respons yang baik..

 

Lepas blog korang dah dapat banyak view..

Boleh laa slow-slow tukar topic…

Contohnya masakan ke..

Fesyen..

Pelancongan..

Dan sebagainya…

Ini secara tak langsung..

Boleh meluaskan kategori pembaca blog korang tu…

 

Dah dapat pengikut atau peminat setia..

Yang beri sokongan pada blog korang tu…

Korang boleh laa..

Buat kelas ke..

Seminar ..

Untuk tambah pendapatan..

 

Jual kursus kemahiran atas talian…

Bagi korang yang berkemahiran..

Contohnya..

Menjahit…

Melukis…

Memasak…

Dan yakin boleh mengajar orang ..

Tentang kemahiran yang korang ada tu…

Korang boleh berkongsi dengan orang ramai tau..

 

Ramai je sekarang..

Orang yang mencari kelas-kelas kemahiran ni..

Lebih lagi bagi suri rumah..

 

Korang boleh buat secara..

Atas talia je..

Cara macam ni boleh menarik ramai pihak tau..

Ye laa..

Sekarang musim penyakit ni…

Ramai yang tak berani hadir..

Ke tempat yang ramai orang..

 

Tambahan pula…

Ramai yang lebih prefer untuk buat online…

Ni dapat jimatkan masa dan tenaga..

Korang pon tak perlu nak fikir..

Untuk cari tempat untuk ..

Buat kursus tu..

Kan dah boleh jimat..

 

Kalau korang taknak buat secara langsung…

Korang boleh je buat dalam bentuk rakaman video..

Korang jual je rakaman tu..

 

Ramai yang buat kursus kemahiran ni tau..

Antaranya ialah…

Chef macam Gordan Ramsay…

Pelakon..

Pemain sukan…

Dan banyak lagi..

Mengaji atas talian pon banyak sekarang tau..

 

Untuk platform pula..

Korang guna yang free je..

Sama macam kat ats tu..

Facebook Marketplace..

Mudah..

Dan sebagainya…

 

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #2

Jual makanan…

Pasti ada antara korang..

Yang terfikir nak mulakan bisnes makanan kan…

Lebih lagi korang yang minat pasal makanan ni..

 

Sekarang bermacam jenis makanan yang viral..

Dan korang mendapat keuntungan tinggi..

 

Kalau korang nak tahu..

Korang boleh mula perniagaan ni dari dapur je….

Tak perlu modal yang besar…

Tak perlu buka restoran pon…

 

Untuk mulakan bisnes makanan ni..

Apa yang korang kena fikir terlebih dahulu ialah..

Tentang target market korang tu..

Korang kena fikir siapa pelanggan korang…

Kepada siapa Korang nak jual makanan tu…

 

 

Sebab tu kena kaji dulu siapa target pelanggan korang…

Contohnya…

Ibu yang ada anak kecil…

Ataupun mereka yang bekerja…

Ataupun pelajar-pelajar..

 

Antara bisnes makanan yang korang boleh start ialah..

Makanan froen atau sejuk beku..

Ni antara perniagaan yang berisiko rendah..

Dan membawa keuntungan yang besar..

Ini kerana..

Makanan frozen ni kan tahan lama..

Korang tak perlu risau kalau makanan tu tak habis dijual..

Korang boleh je terus jual sehingga tarikh luput..

 

Bagi korang yang pandai..

Korang boleh je buat sendiri..

Bagi yang tak pandai dan tak ada masa…

Korang boleh cari pengilang atau pembekal..

Dan jual semula kepada orang ramai..

 

Antara produk sejuk beku..

Yang mendapat tarikan orang ramai ialah..

Karipap…

Ketupat palas…

Roti canai..

Donut…

Pulut panggang..

Pau aneka inti..

Dan banyak lagi…

 

Selain dari produk sejuk beku..

Korang juga boleh berniaga makanan lain..

Contohnya..

Sambal…

Korang perasan tak…

Memang dah jadi trend sekarang ni..

Orang keluarkan produk sambal…

Dan produk ni sangat mendapat sambutan…

 

Sekarang macam-macam jenis sambal kat pasaran…

Antaranya..

Sambal bilis…

Sambal petai…

Sambal hitam..

Dan banyak lagi..

Selan tu korang boleh juga jual..

Makan  gorengan ke..

Macam pisang goreng..

Ubi keledek goreng..

Keropok lekor goreng …

 

Makanan musin musim perayaan juga okay tau..

Keuntungan boleh sampai berpuluh ribu..

Contohnhya korang jual biskut raya..

Tapi ni pada musim raya je..

Akan dapat sambutan yang tinggi..

 

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #3

Jual air balang..

Sekarang ni macam-macam tren..

Orang berniaga air tau..

Nampak macam biasa je kan…

Jual air boleh untung…

Bagi yang tak tahu..

Jual air balang ni sangat menguntungkan…

Jangan terkejut tau..

Dalam sehari jualan korang boleh cecah RM500-RM1000 tau…

 

Lebih-lebih lagi kalau tengah musim panas…

Memang sangat-sangat laku…

Modal pon kecill je..

Cuma kena sediakan balang-balang..

Dan juga meja atau paying…

 

Sebabkan modal yang kecil…

Dan keuntungan yang besar…

Korang boleh je bukak gerai ni…

Dekat beberapa tempat yang berbeza..

Cari laa beberapa orang pekerja…

 

Bagi yang tak tahu nak jual air apa…

Ataupon takut nak cuba jual air sendiri…

Korang boleh je jual air dari pembekal…

Contohnya…

Kopi mamu..

Kopi Hainan…

Korang cantact je pembekal dia..

 

Pastu dorang akan hantar produk kopi tu…

Korang Cuma perlu sediakan meja dan payung je…

Kopi semua dia akan bekalkan tau..

 

Korang pon tak perlu susah nak promot tau…

Sebab nama minuman ni orang dah kenal..

 

Yang nak jual air sendiri..

Macam beraneka perisa tu…

Pon okay jugak…

Sebab air jenis tu tak bermusim…

Maksudnya..

Orang akan cari bila-bila je…

Dan semua orang minum…

 


 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #3

Jual tudung..

Bagi yang pandai menjahit..

Masa ni laa korang guna kepakaran korang tu..

Beli je kain yang banyak..

Lepas tu korang potong dan jahit sendiri..

 

Kalau korang beli secara pukal..

Pasti dapat harga borong..

Bahagian jahit pula..

Dah boleh jimat..

Cuma korang kena fikir..

Cara macam mana nak jual tudung korang tu ju…

 

Tapi..

Macam mana bagi yang tak pandai menjahit…

Tak jadi masalh tau..

Korang cari je kedai atau kilang..

Yang mencetak tudung yang dah siap..

Maksudnya…

Korang boleh pilih sendiri patern yang korang nak..

Corak, warna dan pelbagai lagi…

Korang Cuma bayar je…

 

Mahal ke?

Jangan risau..

Nama pon kilang kan..

Memang akan menjimatkan korang tau..

Lebih lagi kalau korang beli..

Secara pukal…

Untuk tudung ni..

Korang boleh je jual secara..

Atas talian..

Contohnya Facebook..

Instagram…

Tak payah risau..

Kalau korang mengeluarkan ..

Tudung yang cantik dan berkualiti..

Pasti ramai yang tertarik..

 

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #4

Jual barangan lama atau terpakai…

Trend ni pon dah di buat oleh artis-artis tau..

Ye la perniagaan ni tak perlukan korang..

Untuk keluar modal pon..

Korang pilih je barang yang korang tak nak pakai..

Janji masih elok dan baik..

Untuk dijual kepada orang ramai..

 

 

Antara barang prelove..

Yang biasa dijual ialah..

Baju terpakai..

Kasut..

Perabot rumah..

Beg..

Dan banyak lagi tau..

Ikut laa barang apa yang korang ada..

Dan korang tak nak guna dah..

 

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #5

 

Servis doorgift..

 

Untuk doorgift ni kan..

Korang boleh je buat sendiri..

Orang lain pon tak akan meniru produk korang tu…

Jadi orang lain tak boleh laa jual balik produk tu..

 

Doorgift ni kalau korang nak tahu..

Bukan sahaja untuk majlis kahwin je tau..

Tapi buat masa sekarang..

Boleh kat semua majlis laa…

Guna doorgift ni sebagai hadaih…

 

Contohnyaa..

Majlis hari jadi…

Majlis reunion..

Dan sebagainya..

 

 

Kebiasannya..

Ramai yang buat doorgift ni..

Dalam bentuk kraf tangan..

Gula-gula…

Kek, brownies..

Dan sebagainya..

Boleh ikut permintaan pelanggan korang jugak..

 

Kalau korang tak nak keluarkan modal yang besar..

Untuk bisness doorgift ni..

Korang boleh mulakan  dengan…

Membuat kelas..

Macam mana nak gubah doorgift tu..

Jenis-jenis doorgift..

Cara nak bungkus..

Dan pasarkan doorgift tu..

 

Dari situ..

Korang boleh la kumpul modal..

Kotla korang nak buat banyak jenis doorgift..

Dalam masa yang sama kan…

 

Kalau nak lebih bagus..

Korang buat la doorgift..

Yang ikut trend..

Baru laa dapat pelanggan yang ramai..

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #6

Berdagang saham..

Pasti korang dah biasa dengar pasal saham kan…

Kalau nak tahu..

Ini adalah step nak melabur dalam sham…

 

1.      Pilih saham..

2.      Beli saham harga rendah..

3.      Jual saham harga tinggi..

 

Korang kena pilih, beli dan jual..

Nampak macam mudahkan..

Tapi..

Tidaklah semudah yang disangka..

 

Ada statistic tau..

Hanya 10% sahaja mereka yang melabur..

Adalah pelabur yang untung..

Selebihnya adalah mereka..

Yang hanya membuang duit sahaja..

 

Kalau korang nak buat untung..

Secara konsisten..

Korang boleh fikir macam mana ..

Nak buat duit secara konsisten setiap dengan saham..

 

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #6

Bisness marketing..

Korang jangan risau..

Kalau tak pernah berbisness sebelum ni…

Korang boleh je buat bisness marketing ni..

 

Bisness marketing yang dimaksudkan ialah..

Servis yang sangat mudah..

Yang korang semua boleh buat di rumah..

 

Salah satu idea bisness online dari rumah..

Adalah servis share dan like post di facebook…

Ramai peniaga sekarang yang perlukan..

Engagement untuk post iklan mereka..

Inilah masanya korang bantu mereka share,,,

Iklan di group dan dapatkan like yang banyak…

Korang juga akan dibayar..

 

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #8

Perniagaan hotel atau homestay..

Bagi korang yang ada rumah…

Bisnes ni korang boleh cuba tau..

 

Negara kita kan salah satu..

Desstinasi pelancongan utama…

Terdapat pasaran la..

Untuk pengusaha hotel atau homestay di malaysia ni..

Kalau korang dah ada permit yang sah..

Korang boleh jalankan perniagaan..

Hotel atau homestay ni ..

Dalam masa yang singkat je..

 

Sejak kerajaan mengumumkan..

Kita sudah berada dalam fasa andemic ni..

Ramai yang mula mencari-cari ..

Tempat yang menarik di Malaysia..

Untuk bercuti dan meneroka keindahan Malaysia..

Ye lah kan dah boleh rentas negeri..

 

Pada masa sekarang ni laa..

Peluang untuk perusaha hotel dan juga homestay..

Memajukan perniagaan mereka..

Jadi bagi korang yang baru nak berjinak tu..

Ini lah masanya..

 

Bagi korang yang tak tahu..

Cara nak memulakan bisness ni..

Sini saya kongsikan..

 

Pertama..

Korang kena tahu permintaan setempat atau luar kawasan…

Yang ni korang boleh buat kajian..

Buat secara rawak je…

Pada penduduk setempat..

Contohnya…

Keperluan hotel atau homestay dikawasan tu..

Ataupun korang buat (try market online)..

Ni boleh buat kat laman sesawang homestay…

 

Kedua…

Jumlah hotel atau homestay dikawasan korang tu..

Korang cuba la tengok atau lawat…

Hotel atau homestay yang ada dikawasan korang tu..

Kaji kelebihan dan kekurangan mereka..

Dari situ korang boleh bersaing dengan mereka..

 

Ketiga..

Kira-kira…

Dah rasa okay..

Korang buat start buat kira-kira..

Kos untuk mulakan perniagaan tu..

Kos selenggaraan bulanan…

Pulangan keuntungan..

Dan tetapkan kadar sewaan (harian, mingguan atau bulanan)..

 

Kalau dah rasa yakin..

Korang boleh laa start..

Dan teliti perkara-perkara ni:

Kediaman Hotel atau homestay..

Lokasi…

Perabot dan hiasan…

Peralatan elektrik / elektronik..

Peraturan dan ketetapan Hotel atau homestay..

Promosi..

 

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #9

Affiliate marketing..

Korang masih tak tahu..

Apa kelebihan atau skill yang korang ada??

Atau masih tak sempat nak buat produk sendiri??

Jangan risau..

Korang masih boleh lagi melibatkan diri..

Dalam bidang perniagaan ni..

Melalui affiliate marketing..

 

Bagi yang tak tahu..

Affiliate marketing ni ialah..

Sistem pemasaran menggunakan komisen..

Maksudnya..

Setiap affiliate marketer akan dapat..

Komisen dari setiap penjualan..

 

Kalau korang dah pilih jenis perniagaa ni…

Korang kena pastikan yang korang fokus..

Kepada niche yang tekah dipilih..

Selain tu kena la kreatif..

Untuk menulis sale letter (copywriting)..

 

Jangan terlalu risau tau..

Kebanyakan affiliate produk dah siap ada sale letter..

Korang guna je yang dah disediakan tu..

 

Yang ni korang boleh jual..

Produk fizikal atau digital..

Masa korang pilih produk atau brand tu..

Pastikan korang pilih produk atau brand..

Yang dah ada reputasi yang baik..

Dan dikenali ramai..

 

Ini akan memudahkan korang..

Untuk dapatkan jualan…

Antara contoh brand di Malaysia..

Yang menawarkan affiliate marketing ni..

Ialah..

Lazada..

Digi..

Malaysia Airlines..

Dan banyak lagi..

 

Yang ni adalah contoh top niche..

Dalam affiliate marketing yang korang boleh ceburi..

Fitness and weight loss..

Self improvement..

Personal finance..

Make money on the internet…

Beauty treatments..

Gadget and technology..

Pets…

Health..

 

Antara website yang menawarkan affiliate marketing ialah..

Rakuten, CJ, ClicksBank, Involve Asia..

Dan macam-macam lagi..

 

10 jenis perniagaan yang menguntungkan #10

Buka kedai atas talian..

Yang ni banyak je pilihan sekarang..

Korang boleh je buka dekat shopee..

Lazada contohnya..

 

Bagi korang yang tak suka berurusan..

Dengan penjual atau pemborong..

Korang boleh la ikut cara ni..

 

Di mana korang boleh buat kedai shopee sendiri..

Untuk cara ni…

Korang kena upload sendiri..

Gambar produk yang korang nak jual tu..

Gambar-gambar ni korang boleh ambil…

Daripada mana-mana seller di shopee..

 

Kemudian…

Korang boleh tetapkan harga..

Biasanya lebih tinggi sedikit..

Berbanding dengan harga produk di kedai asal..

 

 

Kalau korang tak ada modal..

Korang boleh je mula dengan menjadi..

Dropship shopee..

 

Untuk menjadi dropship shopee ni…

Korang boleh je daftar terus..

Dengan mana-mana seller yang ada di shopee tu..

 

Untuk dapatkan seller, pemborong ni…

Korang boleh je ke laman web shopping online lain..

Contohnya..

Lazada…

Ali Baba…

Taobao…

Dan macam-macam lagi…

 

 

Akhir kata…

Banyak perniagaan yang korang boleh buat sebenarnya..

Untuk rugi tu bergantung pada nasib..

Dan juga usaha korang..

Kalau korang rajin..

Pasti korang akan Berjaya..

Kalau korang rasa perkongsian saya kali ni bermanfaat..

Boleh la kongsi dengan kawan korang ..

Banyak lagi yang saya nak kongsi lepas ni..

Antarany ialah dropship Malaysia, shopee supplier Malaysia, dropship shopee tanpa modal, pengalaman dropship kumoten dan banyak lagi..

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...