Monday, 6 December 2021

10 Cara Jana Pendapatan


Masih terfikir ke..

Cara macam mana nak jana pendapatan??

Kerja sekarang tak cukup..

Nak tampung keperluan hidup..

 


Nak cari kerja sampingan??

Tapi masih tak tahu nak buat apa??

 

Sini saya share tips macam mana..

Nak jana pendapatan tambahan ..

Yang berkesan boleh korang cuba..

 

Pertama..

Korang kena tahu kepakaran korang..

Maksudnya apa yang korang boleh buat..

 

Kedua..

Korang boleh jadikan hobi..

Sebagai kerjaya sampingan..

Dari situ korang boleh timbul..

Kesungguhan kerana minat sendiri..

 

Ketiga..

Jangan takut untuk bermula..

Nak jana pendapatan ni korang kena la berani..

Contohnya nak berniaga..

Walaupun tiada pengalaman..

 

Keempat..

Rajin menjadi job..

Untuk menjana pendapatan sampingan..

 

Kelima..

Kreatif dan berani..

 

Keenam..

Beri komitmen atas apa sahaja..

Yang mendaangkan duit..

 

 

10 cara jana pendapatan #1

Jual barang di media sosial..

Majoriti masyarakat kita sekarang..

Pasti ada sekurangnya 1 akaun media sosial..

 

Dan terdapat ramai yang mengambil peluang..

Dengan menjana pendapatan dari sini…

Korang yang nak ikut berniaga di media sosial..

Sangat la bagus kerana modal yang kecil..

Dan masa tidak terhad…

 

Antara platform media sosial..

Yang kebanyakan orang guna untuk berniaga..

Facebook, instagram dan banyak lagi..

 

Di sini korang boleh jual barang sendiri..

Ataupun menjual barang perniagaan orang lain..

Dan korang akan menerima komisen..

Dari hasil jualan tu..

 

Sekarang pun ramai pembeli online..

Yang boleh dikatakan setiap hari…

Membuat transaksi pembelian online..

Kalau korang ada kemahiran..

Cara nak buat pemasaran dalam talian ni..

Secara tak langsung dapat bantu korang …

Untuk mula menjana pendapatan…

Dalam pemasaran digital..

 

Sini saya kongsi jenis perniagaan..

Yang korang boleh buat dalam media sosial..

 

Jual barang kosmetik..

Korang boleh je beli beberapa produk..

Dan iklan kan dalam akaun media sosial korang..

Yang korang perlu ada lebih modal laa..

Sebab korang kena simpan stok sendiri..

 

Kalau korang tak ada modal..

Boleh je jadi dropship mana-mana..

Penjual atau pembekal produk kosmetik ni..

 

Korang hanya perlu post..

Produk yang korang jual tu..

Kalau nak lebih yakin lagi..

Korang letakla testimony dari pelanggan sebelum ni..

 

Jual makanan..

Kan ada banyak jenis makanan..

Kalau korang pandai masak..

Lagi bagus sebab korang guna je kemahiran tu..

 

Contohnya korang jual kek ke..

Brownies, coklat homemade..

Banyak tau yang korang boleh buat..

 

Makanan jenis ni kan tak bermusim..

Selalu mendapat permintaan..

Dari pelanggan tak kira masa..

 

Jual barang bundle..

Yang ni pon dah mendapat perhatian..

Dari kalangan peminat barangan bundle..

Contohnya yang ramai dah jual..

Pakaian, kasut, seluar…

 

 

10 cara jana pendapatan #2

Menulis buku/Ebook…

Ikut pada tips yang saya kongsi di atas..

Korang boleh jana pendapatan..

Dengan hobi korang sahaja..

 

Dengan adanya hobi yang menarik..

Korang boleh cuba kongsi..

Kepada orang ramai…

Dengan menulis buku atau ebook..

 

Contohnya korang suka mengembara..

Korang boleh cerita kan..

Tempat-tempat menarik yang korang lawati..

Kepada para pembaca..

 

Kongsi tips-tips menarik..

Suasana tempat yang jarang orang kunjungi..

Pasti akan mendapat sambutan..

Lebih lagi pada anak muda …

Yang sememangnya suka mengembara..

 

Kalau korang suka memasak…

Tapi malu nak berhadapan dengan kamera…

Korang boleh kongsikan resepi tu…

Dan jadikan satu buku resepi..

 

Bagi yang suka menjahit..

Boleh kongsikan design-design menarik..

Design-design terkini..

Di dalam buku korang tu..

 

 

10 cara jana pendapatan #3

Menulis blog…

Yang ni lebih kurang penulis buku juga..

Tapi bagi saya, yang ni lebih santai sikit..

Di mana korang boleh menulis..

Kandungan-kandungan yang korang suka..

Dan bila-bila masa sahaja..

 

Ramai je penulis blog yang Berjaya..

Dan terkenal..

Antaranya Hanis Zalikha…

Cik epal dan ramai lagi..

 

Korang juga boleh tulis..

Sesuati isu atau kongsi perkara yang korang suka..

Contohnya isu semasa, sukan..

Pengembaraan…

Pengalaman korang dan banyak lagi..

 

Dekat blog korang tu..

Korang buat la ruang pengiklanan..

Dalam masa sama korang boleh tambahkan..

Lagi pendapatan korang tu…

 

Bagi yang tak berapa suka mengarang..

Korang boleh je share ganbar-gambar..

Conothnya gambar pengembaraan korang..

Gambar masakan korang..

 

 

10 cara jana pendapatan #4

Jadi dropship online..

Korang tak tahu nak jana pendapatan..

Nak berniaga tak ada modal yang cukup..

Dan tak tahu macam mana buat marketing..

 

Korang boleh cuba jadi dropship..

Dropship ni tak terhad kepada satu produk..

Dan juga pembekal..

 

Korang boleh je pilih produk apa yang korang nak jual..

Dan pembekal mana yang korang nak pilih..

Kalau ikut kesukaan korang lagi bagus…

Contohnya korang suka fesyen..

Korang boleh jadi dropship pakaian..

 

Macam mana dapat keuntungan..

Dengan bisnes dropship ni??

Sini saya tunjuk cara penjualan…

Melalui system dropship…

 

Harga barang supplier jual RM50….

Harga untuk agen dropship RM30..

 

Masa korang nak buat promosi tu..

Korang boleh letak harga RM50 tu..

Pelanggan akan bank in kat korang RM50 + RM8 (pos)..

 

Tapi korang akan bank in ke supplier RM30 + RM8 (pos)..

Dari sini korang dah dapat untung RM20..

Mudah kan buat keuntungan dengan bisnes dropship ni…

 

   

10 cara jana pendapatan #5

Menjadi personal shopper..

Kalau korang suka mebeli-belah..

Ditempat jauh…

Contohnya korang suka keluar Negara..

Atau suka ke Bandar-bandar besar..

Yang ni amat sesuai untuk korang..

 

Bagi korang yang tak suka berjalan jauh..

Korang boleh je jadi personal shopper ni..

Asal kan korang rajin…

Rajin mencari kedai-kedai yang membuat sale..

 

Kebanyakan personal shopper ni..

Mereka akan mencari barang yang susah..

Untuk korang dapat dekat kawasan korang tu..

Contohnya beg-beg import…

Barangan ikea, padini, barangan dapur…

 

Ramai je kawan saya yang tinggal di Bandar besar..

Mengambil kesempatan  ni menjadi personal shopper..

Mereka akan menawarkan servis ini..

Kepada kawan mereka di kampung…

 

Untuk dapat lebih ramai pelanggan..

Korang boleh je iklan servis korang tu..

Dekat media sosial..

Jadi orang akan tahu produk-produk yang korang boleh beli..

Korang juga boleh post..

Produk apa yang ada sale..

 

Banyak juga keuntungan yang korang boleh jana..

Contoh nya harga beg RM100..

Korang boleh amek caj servis korang tu RM10..

Atas satu barang..

Kalau seorang beli 3 4 barang..

Korang dah boleh untuk RM30 40 tau..

Kalau ramai yang guna khidmat korang..

Berganda laa untung yang korang akan dapat..

 

 

10 cara jana pendapatan #6

Sewa rumah atau bilik…

Dengar kadar harga rumah sekarang..

Ramai yag tak mampu untuk membeli..

Dan memilih untuk menyewa sahaja..

 

Permintaan untuk sewa rumah selalu ada..

Jadi korang yang ada rumah boleh laa cuba perniagaan ni..

Harga sewaan rumah sekarang juga berbaloi untuk korang..

Sewaan biik juga sekarang agak tinggi juga…

 

Bagi yang ada rumah lebih sangat laa bagus…

Korang boleh menetapkan harga sewaan tu sendiri…

Mengikut kesesuaian rumah korang tu..

 

Bagi korang yang tak  ada rumah lebih..

Korang boleh je sewakan bilik dirumah…

Ni kalau korang ada bilik lebih laa..

 

Ada juga sekarang yang membeli rumah baru…

Dan sewakan rumah tu kepada orang..

Jadi dengan duit sewaan tu mereka akan bayar rumah tu..

Tapi keuntungan tu tak seberapa la..

 

Bagi korang yang tak ada rumah dan bilik..

Tapi suka dengan pernigaan ni..

Korang boleh je jadi ajen tau..

Kerja korang hanya perlu mencari penyewa..

Dan korang akan dapat komisen dari situ..

 

 

10 cara jana pendapatan #7

Jual servis di group whatsapp

Korang mesti ada banyak group whatsapp kan??

Group taman, group kampung, group kawan-kawan…

Korang boleh guna kesempatan ni..

Untuk berniaga atau jual servis korang..

 

Kalau korang ada kepakaran memasak lauk pauk..

Kuih muih tradisional, roti, kek…

Biskut raya, kerepek misalnya..

Korang boleh gunakan kepakaran tu..

Untuk jana pendapatan dengan..

Menyediakan pek makanan siap bungkus..

 

Boleh sediakan  untuk sarapan…

Makan tengahari, makan malam…

Ataupun sekadar kudapan..

Untuk orang berdekatan…

Seperti penduduk setaman..

Ataupun sekampung…

 

Korang boleh iklan kan servis korang ni..

Di dalam group dan bagitahu menu apa..

Yang korang akan jual untuk masa tu..

 

Jika ada rezeki dan menu korang tu menarik..

Mungkin ahli group akan memanjangkan..

Iklan korang tu ke group kampung atau..

Taman sebelah..

 

Jadi korang kenalah pelbagai kan menu..

Dan iklan kan menu-menu tersebut..

Beberapa hari lebih awal..

Jadi orang boleh buat pilihan ..

Dan menyenangka kerja korang..

Untuk siapkan pesanan mereka..

 

 

 

10 cara jana pendapatan #8

Bermain saham…

Main saham ni memang boleh buat duit..

Tapi korang kena ada ilmu laa…

Dan juga modal yang banyak…

Boleh je guna modal sikit..

Tapi pulangan juga akan sikit..

 

Korang boleh beli saham ni dekat Bursa Malaysia

Secara langsung korang dah jadi pemilik syarikat tu.

Korang jangan risau, untuk saham ni..

Korang boleh beli ikut kemampuan tau.

Takda had pon.

 

Kalau ada duit yang banyak korang beli laa banyak.

Kalau tak, korang boleh beli je sikit-sikit dulu.

Haa, lagi satu kalu korang nak tahu, saham tu bukan:

1.      Forex trading

2.      Skim cepat kaya

3.      Mlm mahupun;

4.      Judi

 

Sini nak saya kongsikan contoh saham..

Korang biasa dengan Bil elektril TNB, UNIFI, kereta Proton kan

Semua ni ada kaitan tau dengan saham.

Nak tau kenapa?

Sebab kita boleh jual beli saham syarikat-syarikat ni.

Ini sebab syarikat-syarikat ni didagangkan di Bursa Malaysia.

Kalau korang nak lebih faham tentang saham ni..

Korang boleh pergi kat arikel saya ni..

https://www.profduit.com/2021/09/step-by-step-belajar-saham-sampai-z.html

 

 

10 cara jana pendapatan #9

Servis cuci kereta..

Bagi kaum lelaki lebih-leboh lagi anak muda..

Yang nak berniaga…

Perniagaan ni amat lah sesuai..

 

Perniagaan ni korang perlu sediakan modal yang kecil…

Alat-alat pon tak banyak..

Kena ada sponge, kain, baldi, dengan sabun kereta sahaja..

 

Bagi korang yang tak ada tempat..

Dan tak cukup modal nak sewa tempat..

Korang boleh je buat servis bergerak..

 

Pada kebiasaan..

Pemilik kereta akan datang ke kedai..

Dan menunggu di kedai sehingga kereta siap dicuci..

 

Apa kata korang buat kelainan servis bergerak ni..

Yang ni korang boleh pergi ke rumah mereka..

Untuk servis dan cuci kereta mereka…

Pasti ramai yang akan dapatkan perkhidmtan korang..

Ye lah sekarang kan semua orang nak mudah..

 

Kalau korang dah dapat keuntungan yang tinggi..

Korang boleh la tawarkan lebih banyak servis lagi..

Macam vacuum, interior cleaning, polish dan lain-lain..

Supaya pelanggan korang ada lebih banyak pilihan..

Dengan memilih lebih banyak servis dari kedai korang tu..

 

 

10 cara jana pendapatan #10

Pembersihan rumah…

Pada zaman serba canggih ni..

Ramai orang yang terlalu sibuk..

Dengan kerja sendiri..

 

Dengan ini korang boleh ambil kesempatan..

Untuk sediakan servis pembersihan rumah…

Kepada golongan yang mempunyai kerja sendiri ni…

 

Servis ni amat sesuai unutk korang tawarkan..

Kepada mereka yang mengalami masalah..

Pembersihan rumah..

 

Untuk bayaran pula..

Korang boleh meminta dengan mengikut jam..

Kebiasaanya upah untuk berssih rumah sejam di cas RM30-50..

Bergantung juga kepada pemilik rumah tu..

Kerja ni biasa dilakukan secara mingguan atau bulanan..

 

Ramai yang lebih memilih servis ini..

Berbanding membayar orang gaji..

Kerana mereka perlu membayar gaji bulanan..

 

Aktiviti yang melibatkan servis ni..

Tidak perlu  kemahiran yang rumit pon..

Korang hanya perlu tahu cara nak bersih rumah..

Macam kemas bilik, menyapu dan cuci lantai…

Cuci baju dan membuang habuk di dalam rumah..

 

 

Akhir kata…

Kalau korang dapat mengenalpasti masalah..

Yang dihadapi oleh golongan masyarakat..

Atau keperluan pemasaran..

Korang boleh cuba fikir buat sesuatu perniagaan..

Dengan menyelesaikan masalah mereka..

 

Secara tak langsung korang korang menarik perhatian mereka..

Dan Berjaya memnuhi keperluan..

Serta memuaadahkan urusan mereka..

 

Kalau korang rasa perkongsian saya bermanfaat..

Boleh la share kepada kawan korang..

 

Banyak lagi yang saya nak share lepas ni..

Stay tuned!!

 

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...