Okay guys, harini kitorang nak share sikit pasal SSM.
Korang
selalu je dengar SSM tu kan.
Tapi tak
tahu apa maksud SSM.
Korang
yang dah berniaga atau baru je nak berniaga tu,
Elok
sangat korang belajar serba sedikit tentang SSM ni.
Info yang
kitorang nak kongsi ni,
Sedikit
sebanyak dapat membantu korang.
Sini
kitorang share okay!!
Apa itu SSM #1
Apa itu SSM?
Korang,
SSM ni merupakan satu singkatan kepada
Suruhanjaya
Syarikat Malaysia.
Untuk apa
ia ditubuhkan?
Okay,
sebenarnya SSM ni merupakan salah satu badan berkanun.
SSM ni
sebenarnya gabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan
Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB)
SSM ni
mula beroperasi pada 16 april 2002.
Dah lama
jugak laa SSM dah ada kan.
Ke ada
yang baru dengar SSM ni.
Tak pe,
kitorang pon takde la tahu sangat pasal SSM ni.
Haa, jom
kita belajar sama-sama ok.
Mana tahu,
lepas belajar pasal SSM ni,
Timbul
perasaan untuk berniaga ke kan.
Yang dah
berniaga pon, boleh laa ikut langkah-langkah yang betul kan!
Baca : Cara Tengok Youtube Dapat Duit RM100 Sehari
Ok jom!!
Kalau
korang nak tahu tugas SSM ni,
Dia macam
mengawal selia syarikat dan perniagaan lah.
Apa yang
berkaitan dengan perniagaan ni, automatic bawah urusan dorang.
Dorang
jugak ada buat beberapa aktiviti utama.
Sini
kitorang senarikan.
Baru jelas
sikit aktiviti atau fungsi dorang ni.
Antara aktiviti utama dorang ni:
Pertama,
Sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat & pendaftaran perniagaan.
Masudnya
kat sini, kalau korang nak tubuh syarikat, ataupun
daftar
perniagaan, korang kena lah berurusan dengan SSM ni.
Dorang je
yang boleh luluskan penubuhan syarikat dengan pendaftaran
perniagaan
korang tu.
Kedua,
bekal maklumat syarikat & perniagaan kepada orang awam.
Ni macam
kalau ada apa-apa pindaan ke, perubahan tentang akta ke.
Dorang
akan umum laa kepada semua.
Contoh
lain, jenis-perniagaan, jenis-jenis syarikat.
Baca : 10+ Idea Bisnes Makanan Viral (Senarai Penuh)
Jadi,
korang takde la nak kena fikir, perniagaan korang ni bawah perniagaan apa.
Korang
perlu daftar syarikat korang bawah apa? Sdn Bhd ke Bhd ke?
Ha, macam
tu la.
Lagi satu,
korang jugak boleh ke laman web dorang,
Kat situ
banyak maklumat tentang perniagaan ni.
Ketiga,
SSM ni peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat.
SSM kan
badan yang bertanggungjawab untuk penubuhan & pendaftaran perniagaan,
Jadi
dorang jugak laa antara yang berusaha membantu peniaga macam mana
nak memaju
kan perrniagaan korang.
Yang
keempat,SSM ni jugak dia kawal undang-undang, pendaftaran perniagaan.
Biasanya
dorang akan membuat aktiviti penguatkuasaan,
Contohnya,
yang macam kornag selalu tengok tu la,
Dorang
akan buat pemantau dari kedai ke kedai.
Selalunya
dorang akan mintak sijil SSM la dengan pemilik perniagaan tu.
Ini untuk
memastikan yang korang dah daftar perniagaan korang tu.
Ramai je
sebenarnya peniaga kat luar sana yang belum berdaftar.
Baca : Cara Claim E Dompet RM50 - [Panduan Lengkap]
Macam-macam
la alasan yang dorang bagi.
Antaranya,
yuran mahal la, leceh la, ambil masa, tak tahu cara.
Banyak lagi
la kalau kami nak senaraikan ni.
Kalau
korang nak tahu antara tanggungjawab dan penguatkuasaan undang-undang
di bawah
SSM, sini kitorang senaraikan.
1.
Akta Suruhanjaya
Syarikat Malaysia 2001
2.
Akta Syarikat
2016 (Akta 777)
Baca : 10 Youtuber Malaysia Terkaya - Senarai Lengkap
3.
Akta Perkongsian
Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743)
4.
Akta Syarikat
Amanah 1949 (Akta 100)
5.
Akta (Larangan)
Kumpulan Wang kutu 1971(Akta 28)
Kalau
korang ada masalah berkenaan senarai di atas ni,
Korang
boleh rujuk terus ke SSM ni.
Apa itu
SSM #2
Siapa perlu berdaftar di bawah SSM?
Korang
tahu ke siapa yang perlu berdaftar dengan SSM ni?
Semua
peniaga ataupun sesetengah peniaga sahaja?
Adakah bergantung
atas jenis perniagaan sahaja?
Okay, sini
kitorang terangkan serba sedikit siapa yang perlu daftar!!
Korang
semua kena tahu, setiap perniagaan WAJIB tau
memohon
lessen perniagaan dengan SSM.
Ada kesan
ke kalau tak daftar perniagaan ni?
Haa, mesti
ramai antara korang tak tahu kan?
Bawah SSM
ni ada satu akta tau.
Akta ni di
bawah seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001)
Kalau
korang melanggar akta ni korang akan didenda.
Denda ni
tidak melebihi RM50000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
Adakah bergantung atas jenis perniagaan
sahaja?
Kalau saya
beniaga dirumah kena daftar jugak ke?
Saya tak
ada kedai pon.
Kan
kitoang dah bagitahu di atas.
Wajib
semua peniaga berdaftar SSM.
Tapi
berniaga dirumah tu macam mana nak daftar.
Kitorang
tahu, mesti banyak persoalan korang yang belum terjawab kan.
Okay, sini
kitorang jelaskan beberapa jenis perniagaan.
Secara
asasnya, terdapat 4 jenis lesen perniagaan di bawah SSM.
Antaranya :
Lesen perniagaan jenis Enterprise.
Perniagaan
ni ialah perniagaan persendirian.
Yang macam
korang niaga sendiri tu.
Buat
online, niaga kat rumah.
Bukak
kedai runcit.
Kiranya,
Korang je yang urus perniagaan tu.
100% milik
korang.
Takde
melibatkan orang lain. Untung rugi korang
akan
tanggung sendiri .
untuk
perniagaan jenis ni, korang kena daftar sendiri tau.
Yuran
pulak RM70 je setahun.
Proses
daftar ni sekejap je, dalam 30 minit pon dah siap.
Kalau nak
mudahkan kerja, korang boleh set renew terus.
Korang
boleh set untuk setahun atau maksimum 5 tahun.
Takde la
korang nak kena renew je lesen tu selalu kan.
Dah setel
je daftar perniagaan tu, korang terus boleh
Buat cop
dan akaun perniagaan korang.
Kalau
boleh, korang asing kan lah akaun perniagaan dengan peribadi.
Baru
sitematik perniagaan korang tu.
Bukan ape,
ni boleh elak korang daripada terguna duit perniagaan tu.
Dari situ
senang kornag nak cek untung atau rugi.
Kalau korang
nak buka akaun perniagaan ni,
Korang
kena sediakan duit deposit tau.
Tapi ni
atas bank yang korang pergi lah.
Biasanya,
korang sediakan dulu dalam RM1000-2000.
Proses nak
buka akaun ni ambil masa dalam seminggu jugak la.
Yang kedua pulak, jenis perkongsian.
Kot la
korang taknak beniaga sorang-sorang kan.
Nak
berniaga dengan kawan ke, adik beradik ke,
Korang
kena lah daftar perniagaan korang bawah lesen perkongsian tau.
Untuk
lesen ni, korang kena ada rakan kongsi sekuragnya 2 orang.
Kalau
sorang bukan perkongsian la kan.
Paling
ramai korang boleh ajak pon 20 orang.
Tak boleh
lebih tau. Untuk jenis ni la.
Kalau nak
lebih kena ambil lesen lain.
Untuk
daftar ni korang WAJIB daftar dengan rakan kongsi.
Masa
proses daftar tu korang kena datang sekali tau
Yuran
pendaftaran pon sama macam persendirian RM70 Setahun.
Tempoh
daftar nip on skejap jugak dalam 30 minit je tapi,
bergantung
kepada rakan kongsi korang jugak.
Diorang
tak bagi kerjasama, lambat la proses tu.
Korang
boelh jugak set renew awal-awal jugak.
Minimum 1
tahun dan maksimum 5 tahun.
Dah setel
je daftar perniagaan tu, korang terus boleh
buat cop
dan akaun perniagaan korang.
Untuk
perniagaan ni,
Korang juga
digalakkan membuat perjanjian dengan partner.
Bukan apa,
ini untuk melindungi semua pihak di dalam perniagaan.
Kot la
terjadi salah faham antara rakan kongsi.
Boleh laa
rujuk perjanjian tu.
Yang ketiga, lesen perniagaan perkongsian
liabiliti terhad.
Kalau nak
senang faham, perniagaan ni sama macam Sendirian Berhad.
Tapi kan,
peraturan dia takde la seketat sendirian berhad tu.
Orang yang
mohon lesen ni, biasanya mereka yang serius dengan perniagaan.
Untuk
lesen ni kan, korang tak perlu hantar audit kewangan pada SSM tau.
Korang
hantar pengisytiharan untung atau rugi je.
Tapi,
kalau korang gagal , kornag boleh kena denda.
Denda dia
sekurangnya RM30000.
Korang tau
tak, pemilik pernuagaan ni boleh bertukar ganti tau.
Untuk
daftar lesen ni, yuran ni RM800.
Korang
jugak kena bayar RM200 setiap tahun semasa
Ni korang
kena bayar masa nak isytihar untung atau rugi.
Untuk buka
akaun pulak, takda banyak bank yang sediakan servis ni.
Ada
sedikit kekangan la kat sini.
Tapi,
setahu kitorang, Public bank, korang kena sedia kan RM5000 sebagai deposit.
Lesen ini
akan valid selamanya tau.
Jadi
korang tak perlu laa nak set renew mcm lesen lain.
Yang keempat, lesen perniagaan jenis sendirian
berhad.
Kalau
kornag nak tahu, lesen ni jugak dipanggil syarikat.
Untuk
lesen ni, kornag kena ada 2 orang rakan kongsi jugak.
Maksima
pulak 50 orang.
Ada dua
entiti berbeza tau bawah lesen ni.
Apa tu?
Apa-apa
yang berlaku pada syarikat korang tak menjejaskan korang.
Haa macam
mana tu?
Contohnya,
kalau syarikat muflis,
Ia tak
menjejaskan korang sebagai pemilik.
Korang
akan guna asset syarikat untuk menjelaskan hutang.
Untuk
pendaftaran pulak, korang boleh melalui setia usaha syarikat je.
Untuk
harga pulak bergantung kepada setiausaha jugak.
Korang nak
tahu ke kelebihan lain lesen perniagaan syarikat ni?
Sini
kitorang senaraikan.
Antaranya
ialah,
pengecualian
cukai, buka akaun dengan mudah (dalam seminggu je),
Pemilik
syarikat bergantung jumlah modal (makin tinggi modal
makin
tinggi kuasa majority).
Dalam
perniagaan ni, korang jugak boleh tukar ketua.
Kan
berdasarkan modal, jadi modal siapa yang paling tinggi dia la yang boleh jadi
ketua.
Korang
juga WAJIB menghantar penyata kewangan ke SSM tau.
Untuk
perniagaan ni, korang tidak boleh membelanja duit syarikat sesuka hati,
Walaupun
korang adalah ketua ya!!
Yang ni
paling best,
Jenis
perniagaan ni banyak diberi bantuan tau.
Korang tau
jenis perniagaan ni tersenarai dalam Bursa saham kuala lumpur.
Lagi satu,
perniagaan ni diwajib mengadakan Annual general Meeting bersama peemgang saham.
Apa itu
SSM #3
Kenapa perlu berdaftar
Sebelum
mendaftar korang mesti terfikir kenapa perlu daftarkan?
Kenapa
perkara ni perlu di WAJIBKAN untuk semua peniaga?
Untuk
perngetahuan korang semua, terdapat satu akta ,
Di mana
akta tersebut merupakan Akta Pendaftaran Perniagaan.
Mengikut
akta tersebut, mana-mana perniaga yang tidak berdaftar dengan SSM ni,
Merupakan
satu kesalahan.
Kesalahan
ni boleh dibawa ke mahkamah ye.
Kalau tak
pon, korang akan didenda.
Antara
denda tu korang kena bayar RM50000.
Kalau tak
kena bayar kornag kena penjara 2 tahun.
Berat juga
denda. Ye la nak banding kan dengan yuran pendaftaran tu kan.
Sebab lain
korang nak kena daftar, untuk meyakinkan pelanggan.
Sini
kitorang bagi contoh, korang buat perniagaan online.
Jadi macam
mana korang nak yakinkan pelanggan yang perniagaan korang tu sah.
Dan
bukannya SCAM.
Kalau
korang dah ada sijil SSM ni, kornag boleh je tunjuk dekat pelanggan korang ni.
Pasti tak
ada dah kes ragu-ragu ke apa.
Dornag
mesti dah yakin dengan perniagaan korang tu.
Sebagai
peniaga, kitorang yakin korang bukan berurusan dengan pelangan je kan?
Pasti
dengan pembekal sekali.
Sama je
dengan kes pelanggan tu.
Pembekal
pun nak jugak kesahihan perniagaan korang tu.
Ye lah,
nanti dah terima order barang banyak-banyak tapi SCAM.
Sebagai langkah berjaga-jaga la.
Jadi pembekal pon akan minta sijil SSM dan akaun korang.
Untuk korang yang ingin mengembangkan perniagaan,
Pastinya korang pernah berfikir untuk membuat pinjaman kan?
Antaranya pinjaman dari bank la.
Sebagai penambahan modal perniagaan korang.
Jika korang mempunyai SSM dan akaun semasa bank,
Mudah untuk korang buat pinjaman ni tau.
Penyata
bank ni boleh jadi bukti kukuh la untuk korang.
Iya lah,
peniaga kan tidak mempunyai slip gaji.
Ni je lah
korang boleh guna sebagai bukti untuk perniagaan korang.
Korang
pernah fikir tak tentang pengasingan wang.
Maksudnya,
asing wang peribadi dengan wang perniagaan.
Kalau
korang yang belum daftar perniagaan ni,
Sudah
pasti korang tak ada akaun bank perniagaan kan?
Habistu
macam mana korang nak kira hasil untung korang?
Dengan
perngasingan ni, kornag dapat tahu la berapa untung atau rugi.
Ini jugak
dapat mengelak korang daripada terguna duti perniagaan tu.
Ha satu
lagi, korang tau ke akaun simpanan ni ada had pengeluaran.
Jadi agak
tidak sesuai untuk guna akaun peribadi sekali dengan perniagaan ni kan.
Setiap
tahun, korang kena / WAJIB mengisytihar
pendapatan ke LHDN.
Ini semua
peniaga kena buat tau.
Untuk
membuat pengisytiharan ni,
Korang
kena buat satu laporan kewangan.
Ini sebenarnya
untuk memudahkan proses tu la.
Tapi,
kalau korang takda akaun perniagaan,
Susah la
kan nak buat laporan tu.
Kalau
tanya setiap peniaga,
Apa yang
dorang nak dalam jangka panjang,
Sudah
tentu ingin mengembangkan perniagaan kan.
SSM ni
juga boleh jadi satu medium untuk belajar tau.
Macam ni,
korang sebagai peniaga persendirian,
Korang dah
tahu cara-cara nak memulakan bisnes, nak daftar dengan cara betul,
SSM pon
adaa sediakan bantuan,
So korang
boleh la meng’upgrade’ perniagaan korang.
Contohnya
dari persendirian ke SDN BHD.
Korang
yang baru memulakn perniagaan tu,
Pernah tak
terfikir nak ‘hire’ pekerja?
Kan
perniagaan makin maju,
Dah tentu
nak pakai pekerja.
Untuk jadi
majikan, korang kena lah mendaftar tau.
Untuk
daftar sebagai majikan ni, korang kena la ada SSM dulu.
Akaun bank
pon kena ada jugak tau.
Apa itu
SSM #4
Macam mana nak berdaftar
Korang dah
tahu kan apa itu SSM kan?
Kenapa
korang perlu berdaftar SSM.
Jadi macam
mana pulak cara mendaftar?
Susah ke?
Perlu ke pejabat SSM?
Boleh ke
nak buat online je.
Ha,
persoalan ni akan saya jawab di article seterusnya.
Nanti saya
kan terangkan secara detail tau.
Cara-cara
mendaftar SSM.
Akhir Kata
Okay,
kalau korang rasa info ni bermanfaat, boleh lah share pada rakan.
Info ini
sangat berguna bagi korang yang sudah berniaga.
Tapi belum
daftar SSM.
Next time,
kami nak tulis pasal cara daftar SSM, apa itu
ssm e info, contoh ssm, apa itu
sijil ssm, kebaikan
dan keburukan daftar ssm, ssm online, ssm
untuk apa.
1 comment:
Kalau tiada lesen premis kedai. Lesen SSM ni boleh pakai ke?
Post a Comment