Tuesday, 14 September 2021

[PANDUAN LENGKAP] Apa Itu SSM?

Okay guys, harini kitorang nak share sikit pasal SSM.

Korang selalu je dengar SSM tu kan.

Tapi tak tahu apa maksud SSM.

Korang yang dah berniaga atau baru je nak berniaga tu,

Elok sangat korang belajar serba sedikit tentang SSM ni.

Info yang kitorang nak kongsi ni,

Sedikit sebanyak dapat membantu korang.

Sini kitorang share okay!!

 

 Apa itu SSM #1

Apa itu SSM?

Korang, SSM ni merupakan satu singkatan kepada

Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

 Baca : 11 Jenis Perniagaan Modal Kecil (Masyukk)

Untuk apa ia ditubuhkan?

Okay, sebenarnya SSM ni merupakan salah satu badan berkanun.

SSM ni sebenarnya gabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan

 Pejabat Pendaftar Perniagaan  (ROB)

  Baca : Cara Bisnes Di Rumah Buat RM2000 Sebulan

SSM ni mula beroperasi pada 16 april 2002.

Dah lama jugak laa SSM dah ada kan.

Ke ada yang baru dengar SSM ni.

Tak pe, kitorang pon takde la tahu sangat pasal SSM ni.

Haa, jom kita belajar sama-sama ok.

Mana tahu, lepas belajar pasal SSM ni,

Timbul perasaan untuk berniaga ke kan.

Yang dah berniaga pon, boleh laa ikut langkah-langkah yang betul kan!

Baca : Cara Tengok Youtube Dapat Duit RM100 Sehari

Ok jom!!

Kalau korang nak tahu tugas SSM ni,

Dia macam mengawal selia syarikat dan perniagaan lah.

Apa yang berkaitan dengan perniagaan ni, automatic bawah urusan dorang.

Dorang jugak ada buat beberapa aktiviti utama.

Sini kitorang senarikan.

Baru jelas sikit aktiviti atau fungsi dorang ni.

  Baca : Peluang Perniagaan RM100 Sehari (Modal Kecil)

Antara aktiviti utama dorang ni:

Pertama, Sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat & pendaftaran perniagaan.

Masudnya kat sini, kalau korang nak tubuh syarikat, ataupun

daftar perniagaan, korang kena lah berurusan dengan SSM ni.

Dorang je yang boleh luluskan penubuhan syarikat dengan pendaftaran

perniagaan korang tu.

  Baca : 10 Bisnes Modal Kecil Paling Untung

Kedua, bekal maklumat syarikat & perniagaan kepada orang awam.

Ni macam kalau ada apa-apa pindaan ke, perubahan tentang akta ke.

Dorang akan umum laa kepada semua.

Contoh lain, jenis-perniagaan, jenis-jenis syarikat.

Baca : 10+ Idea Bisnes Makanan Viral (Senarai Penuh)

Jadi, korang takde la nak kena fikir, perniagaan korang ni bawah perniagaan apa.

Korang perlu daftar syarikat korang bawah apa? Sdn Bhd ke Bhd ke?

Ha, macam tu la.

Lagi satu, korang jugak boleh ke laman web dorang,

Kat situ banyak maklumat tentang perniagaan ni.

  Baca : 4 Petua Wajib Nak Buat Bisnes Online

Ketiga, SSM ni peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat.

SSM kan badan yang bertanggungjawab untuk penubuhan & pendaftaran perniagaan,

Jadi dorang jugak laa antara yang berusaha membantu peniaga macam mana

nak memaju kan perrniagaan korang.

  Baca : Semua Tentang LOAN ASB [Panduan Lengkap]

Yang keempat,SSM ni jugak dia kawal undang-undang, pendaftaran perniagaan.

Biasanya dorang akan membuat aktiviti penguatkuasaan,

Contohnya, yang macam kornag selalu tengok tu la,

Dorang akan buat pemantau dari kedai ke kedai.

Selalunya dorang akan mintak sijil SSM la dengan pemilik perniagaan tu.

Ini untuk memastikan yang korang dah daftar perniagaan korang tu.

Ramai je sebenarnya peniaga kat luar sana yang belum berdaftar.

 Baca : Cara Claim E Dompet RM50 - [Panduan Lengkap]

Macam-macam la alasan yang dorang bagi.

Antaranya, yuran mahal la, leceh la, ambil masa, tak tahu cara.

Banyak lagi la kalau kami nak senaraikan ni.

 

Kalau korang nak tahu antara tanggungjawab dan penguatkuasaan undang-undang

di bawah SSM, sini kitorang senaraikan.

1.      Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

2.      Akta Syarikat 2016 (Akta 777)

 Baca : 10 Youtuber Malaysia Terkaya - Senarai Lengkap

3.      Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743)

4.      Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100)

5.      Akta (Larangan) Kumpulan Wang kutu 1971(Akta 28)

Kalau korang ada masalah berkenaan senarai di atas ni,

Korang boleh rujuk terus ke SSM ni.

 Baca : 7 Perniagaan Makanan Yang Paling Menguntungkan - Betul-Betul Padu!

Apa itu SSM #2

Siapa perlu berdaftar di bawah SSM?

Korang tahu ke siapa yang perlu berdaftar dengan SSM ni?

Semua peniaga ataupun sesetengah peniaga sahaja?

Adakah bergantung atas jenis perniagaan sahaja?

Okay, sini kitorang terangkan serba sedikit siapa yang perlu daftar!!

 Baca : Aplikasi Buat Duit RM100 Sehari - SERIUS JADI

Korang semua kena tahu, setiap perniagaan WAJIB tau

memohon lessen perniagaan dengan SSM.

Ada kesan ke kalau tak daftar perniagaan ni?

Haa, mesti ramai antara korang tak tahu kan?

Bawah SSM ni ada satu akta tau.

Akta ni di bawah seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001)

Kalau korang melanggar akta ni korang akan didenda.

Denda ni tidak melebihi RM50000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

  Baca : Cara Dapat E Tunai Rakyat RM30 - Panduan Lengkap

Adakah bergantung atas jenis perniagaan sahaja?

Kalau saya beniaga dirumah kena daftar jugak ke?

Saya tak ada kedai pon.

Kan kitoang dah bagitahu di atas.

Wajib semua peniaga berdaftar SSM.

Tapi berniaga dirumah tu macam mana nak daftar.

Kitorang tahu, mesti banyak persoalan korang yang belum terjawab kan.

Okay, sini kitorang jelaskan beberapa jenis perniagaan.

 Baca : Cara Tebus E Wallet RM50 - Panduan Lengkap

Secara asasnya, terdapat 4 jenis lesen perniagaan di bawah SSM.

Antaranya :

Lesen perniagaan jenis Enterprise.

Perniagaan ni ialah perniagaan persendirian.

Yang macam korang niaga sendiri tu.

Buat online, niaga kat rumah.

Bukak kedai runcit.

Kiranya, Korang je yang urus perniagaan tu.

100% milik korang.

Takde melibatkan orang lain. Untung rugi korang

akan tanggung sendiri .

untuk perniagaan jenis ni, korang kena daftar sendiri tau.

Yuran pulak RM70 je setahun.

Proses daftar ni sekejap je, dalam 30 minit pon dah siap.

Kalau nak mudahkan kerja, korang boleh set renew terus.

Korang boleh set untuk setahun atau maksimum 5 tahun.

Takde la korang nak kena renew je lesen tu selalu kan.

Dah setel je daftar perniagaan tu, korang terus boleh

Buat cop dan akaun perniagaan korang.

Kalau boleh, korang asing kan lah akaun perniagaan dengan peribadi.

Baru sitematik perniagaan korang tu.

Bukan ape, ni boleh elak korang daripada terguna duit perniagaan tu.

Dari situ senang kornag nak cek untung atau rugi.

Kalau korang nak buka akaun perniagaan ni,

Korang kena sediakan duit deposit tau.

Tapi ni atas bank yang korang pergi lah.

Biasanya, korang sediakan dulu dalam RM1000-2000.

Proses nak buka akaun ni ambil masa dalam seminggu jugak la.

 

Yang kedua pulak, jenis perkongsian.

Kot la korang taknak beniaga sorang-sorang kan.

Nak berniaga dengan kawan ke, adik beradik ke,

Korang kena lah daftar perniagaan korang bawah lesen perkongsian tau.

Untuk lesen ni, korang kena ada rakan kongsi sekuragnya 2 orang.

Kalau sorang bukan perkongsian la kan.

Paling ramai korang boleh ajak pon 20 orang.

Tak boleh lebih tau. Untuk jenis ni la.

Kalau nak lebih kena ambil lesen lain.

Untuk daftar ni korang WAJIB daftar dengan rakan kongsi.

Masa proses daftar tu korang kena datang sekali tau

Yuran pendaftaran pon sama macam persendirian RM70 Setahun.

Tempoh daftar nip on skejap jugak dalam 30 minit je tapi,

bergantung kepada rakan kongsi korang jugak.

Diorang tak bagi kerjasama, lambat la proses tu.

Korang boelh jugak set renew awal-awal jugak.

Minimum 1 tahun dan maksimum 5 tahun.

Dah setel je daftar perniagaan tu, korang terus boleh

buat cop dan akaun perniagaan korang.

Untuk perniagaan ni,

Korang juga digalakkan membuat perjanjian dengan partner.

Bukan apa, ini untuk melindungi semua pihak di dalam perniagaan.

Kot la terjadi salah faham antara rakan kongsi.

Boleh laa rujuk perjanjian tu.

 

Yang ketiga, lesen perniagaan perkongsian liabiliti terhad.

Kalau nak senang faham, perniagaan ni sama macam Sendirian Berhad.

Tapi kan, peraturan dia takde la seketat sendirian berhad tu.

Orang yang mohon lesen ni, biasanya mereka yang serius dengan perniagaan.

Untuk lesen ni kan, korang tak perlu hantar audit kewangan pada SSM tau.

Korang hantar pengisytiharan untung atau rugi je.

Tapi, kalau korang gagal , kornag boleh kena denda.

Denda dia sekurangnya RM30000.

Korang tau tak, pemilik pernuagaan ni boleh bertukar ganti tau.

Untuk daftar lesen ni, yuran ni RM800.

Korang jugak kena bayar RM200 setiap tahun semasa

Ni korang kena bayar masa nak isytihar untung atau rugi.

Untuk buka akaun pulak, takda banyak bank yang sediakan servis ni.

Ada sedikit kekangan la kat sini.

Tapi, setahu kitorang, Public bank, korang kena sedia kan RM5000 sebagai deposit.

Lesen ini akan valid selamanya tau.

Jadi korang tak perlu laa nak set renew mcm lesen lain.

 

Yang keempat, lesen perniagaan jenis sendirian berhad.

Kalau kornag nak tahu, lesen ni jugak dipanggil syarikat.

Untuk lesen ni, kornag kena ada 2 orang rakan kongsi jugak.

Maksima pulak 50 orang.

Ada dua entiti berbeza tau bawah lesen ni.

Apa tu?

Apa-apa yang berlaku pada syarikat korang tak menjejaskan korang.

Haa macam mana tu?

Contohnya, kalau syarikat muflis,

Ia tak menjejaskan korang sebagai pemilik.

Korang akan guna asset syarikat untuk menjelaskan hutang.

Untuk pendaftaran pulak, korang boleh melalui setia usaha syarikat je.

Untuk harga pulak bergantung kepada setiausaha jugak.

Korang nak tahu ke kelebihan lain lesen perniagaan syarikat ni?

Sini kitorang senaraikan.

Antaranya ialah,

pengecualian cukai, buka akaun dengan mudah (dalam seminggu je),

Pemilik syarikat bergantung jumlah modal (makin tinggi modal

makin tinggi kuasa majority).

Dalam perniagaan ni, korang jugak boleh tukar ketua.

Kan berdasarkan modal, jadi modal siapa yang paling tinggi dia la yang boleh jadi ketua.

Korang juga WAJIB menghantar penyata kewangan ke SSM tau.

Untuk perniagaan ni, korang tidak boleh membelanja duit syarikat sesuka hati,

Walaupun korang adalah ketua ya!!

Yang ni paling best,

Jenis perniagaan ni banyak diberi bantuan tau.

Korang tau jenis perniagaan ni tersenarai dalam Bursa saham kuala lumpur.

Lagi satu, perniagaan ni diwajib mengadakan Annual general Meeting bersama peemgang saham.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa itu SSM #3

Kenapa perlu berdaftar

Sebelum mendaftar korang mesti terfikir kenapa perlu daftarkan?

Kenapa perkara ni perlu di WAJIBKAN untuk semua peniaga?

Untuk perngetahuan korang semua, terdapat satu akta ,

Di mana akta tersebut merupakan Akta Pendaftaran Perniagaan.

Mengikut akta tersebut, mana-mana perniaga yang tidak berdaftar dengan SSM ni,

Merupakan satu kesalahan.

 

Kesalahan ni boleh dibawa ke mahkamah ye.

Kalau tak pon, korang akan didenda.

Antara denda tu korang kena bayar RM50000.

Kalau tak kena bayar kornag kena penjara 2 tahun.

Berat juga denda. Ye la nak banding kan dengan yuran pendaftaran tu kan.

 

Sebab lain korang nak kena daftar, untuk meyakinkan pelanggan.

Sini kitorang bagi contoh, korang buat perniagaan online.

Jadi macam mana korang nak yakinkan pelanggan yang perniagaan korang tu sah.

Dan bukannya SCAM.

Kalau korang dah ada sijil SSM ni, kornag boleh je tunjuk dekat pelanggan korang ni.

Pasti tak ada dah kes ragu-ragu ke apa.

Dornag mesti dah yakin dengan perniagaan korang tu.

 

Sebagai peniaga, kitorang yakin korang bukan berurusan dengan pelangan je kan?

Pasti dengan pembekal sekali.

Sama je dengan kes pelanggan tu.

Pembekal pun nak jugak kesahihan perniagaan korang tu.

Ye lah, nanti dah terima order barang banyak-banyak tapi SCAM.

Sebagai langkah berjaga-jaga la.

Jadi pembekal pon akan minta sijil SSM dan akaun korang.

Untuk korang yang ingin mengembangkan perniagaan,

Pastinya korang pernah berfikir untuk membuat pinjaman kan?

Antaranya pinjaman dari bank la.

Sebagai penambahan modal perniagaan korang.

Jika korang mempunyai SSM dan akaun semasa bank,

Mudah untuk korang buat pinjaman ni tau.

Penyata bank ni boleh jadi bukti kukuh la untuk korang.

Iya lah, peniaga kan tidak mempunyai slip gaji.

Ni je lah korang boleh guna sebagai bukti untuk perniagaan korang.

 

Korang pernah fikir tak tentang pengasingan wang.

Maksudnya, asing wang peribadi dengan wang perniagaan.

Kalau korang yang belum daftar perniagaan ni,

Sudah pasti korang tak ada akaun bank perniagaan kan?

Habistu macam mana korang nak kira hasil untung korang?

Dengan perngasingan ni, kornag dapat tahu la berapa untung atau rugi.

Ini jugak dapat mengelak korang daripada terguna duti perniagaan tu.

Ha satu lagi, korang tau ke akaun simpanan ni ada had pengeluaran.

Jadi agak tidak sesuai untuk guna akaun peribadi sekali dengan perniagaan ni kan.

 

Setiap tahun, korang kena  / WAJIB mengisytihar pendapatan ke LHDN.

Ini semua peniaga kena buat tau.

Untuk membuat pengisytiharan ni,

Korang kena buat satu laporan kewangan.

Ini sebenarnya untuk memudahkan proses tu la.

Tapi, kalau korang takda akaun perniagaan,

Susah la kan nak buat laporan tu.

 

Kalau tanya setiap peniaga,

Apa yang dorang nak dalam jangka panjang,

Sudah tentu ingin mengembangkan perniagaan kan.

SSM ni juga boleh jadi satu medium untuk belajar tau.

Macam ni, korang sebagai peniaga persendirian,

Korang dah tahu cara-cara nak memulakan bisnes, nak daftar dengan cara betul,

SSM pon adaa sediakan bantuan,

So korang boleh la meng’upgrade’ perniagaan korang.

Contohnya dari persendirian ke SDN BHD.

 

Korang yang baru memulakn perniagaan tu,

Pernah tak terfikir nak ‘hire’ pekerja?

Kan perniagaan makin maju,

Dah tentu nak pakai pekerja.

Untuk jadi majikan, korang kena lah mendaftar tau.

Untuk daftar sebagai majikan ni, korang kena la ada SSM dulu.

Akaun bank pon kena ada jugak tau.

 

Apa itu SSM #4

Macam mana nak berdaftar

Korang dah tahu kan apa itu SSM kan?

Kenapa korang perlu berdaftar SSM.

Jadi macam mana pulak cara mendaftar?

Susah ke? Perlu ke pejabat SSM?

Boleh ke nak buat online je.

Ha, persoalan ni akan saya jawab di article seterusnya.

Nanti saya kan terangkan secara detail tau.

Cara-cara mendaftar SSM.

 

Akhir Kata

Okay, kalau korang rasa info ni bermanfaat, boleh lah share pada rakan.

Info ini sangat berguna bagi korang yang sudah berniaga.

Tapi belum daftar SSM.

Next time, kami nak tulis pasal cara daftar SSM, apa itu ssm e info, contoh ssm, apa itu sijil ssm, kebaikan dan keburukan daftar ssm, ssm online, ssm untuk apa.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau tiada lesen premis kedai. Lesen SSM ni boleh pakai ke?

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...