Wednesday, 10 March 2021

Kerja Sambilan Di Rumah Yang Diiktiraf - RM2,500+ Sebulan

 Kalau korang nak kerja dari rumah yang diiktiraf, mesti korang nak kerja yang ada sijil.

Atau pengalaman yang boleh bantu dapat kerja seterusnya.

Kalau korang jenis suka kerja sambilan, dari rumah pulak tu, kami akan sarankan korang mulakan bisnes.

Sebab apa?

Katalah korang berniaga pasar malam kan.

Korang ada kerja sambilan yang tak diiktiraf.

Walaupun korang dapat jana sampai untung RM200+ sehari pun.

Kerja pasar malam tu tak bantu untuk kerja korang yang seterusnya.

So, pada kami, selagi mana korang masih di kuadran pekerja, korang susah nak ubah nasib korang.

Kami tunjukkan cara kerja sambilan di rumah yang diiktiraf supaya korang dapat asah skil korang.

Kerja Sambilan Di Rumah Yang Diiktiraf #1 - Buat Duit Dengan Blogging

Kenapa blogging ni diiktiraf?

Sebab kalau korang jadi blogger, korang dapat asah skil menaip.

So, korang boleh claim english korang hebat.

Atau korang ada pengalaman luas dalam penulisan.

Silap-silap korang boleh jadi cikgu BM atau English.

Kalau korang ada blog, korang masuk dalam CV dan resume.

Lagi-lagi student, kalau nak cari kerja tu, korang selitkan hobi blogging korang masa interview.

Orang akan pandang juga tau.

Kerja Sambilan Di Rumah Yang Diiktiraf #2 - Jadi Youtuber Sambilan

Yang ni, memang potensi pendapatan tanpa had.

Youtube ni korang mampu bina bisnes sendiri yang boleh dapat full time income tau.

Kalau korang ada blog, korang tak perlu lah tunjuk muka korang.

Hanya luahkan je idea yang korang ada tu.

Kalau youtube ni, korang agak susah sikit nak buat video.

Sebab tu persaingan agak kurang dengan youtube ni.

Tak ramai nak tunjuk muka depan kamera.

Tapi, ada cara korang nak buat youtube channel tanpa tunjuk muka korang.

Buat channel pasal "Koleksi Ceramah UAI", "Fastest Train in the world", "Scariest roller coaster on the planet", dan macam-macam lagi.

Kalau korang youtuber, orang akan respek dan akan iktiraf hobi korang tu, walaupun korang hanya buat kerja sambilan dari rumah je.

Kerja Sambilan Di Rumah Yang Diiktiraf #3 - Buat Droship Bisnes Shopee

Yang ni paling best.

Paling cepat untung.

Kami dapat jana pendapatan dari Shopee sampai RM9,000+ pada bulan ke-6!

Hanya buat main-main sahaja, dalam masa 6 bulan dah boleh lepas B40 punya level.

Ini hanya perlu masa 1 jam 1 hari je.

Tak kacau hidup kami.

Mudah sangat jual di Shopee ni.

Tak perlu belai pelanggan.

Tak perlu nak reply wasap, PM dan close sale.

Ala, macam korang berniaga di Facebook tu.

Korang buang masa nak reply mesej orang je.

Orang yang datang store shopee korang tu semuanya targetted buyer.

Dah ready dompet nak beli dengan korang.

Kalau korang ada shopee store, orang akan iktiraf korang sebagai peniaga dan business minded.

Ia akan nampakkan kredibiliti korang untuk survive dalam dunia zaman sekarang ni.

Orang iktiraf kerja sambilan di shopee ni tau.

Kerja Sambilan Di Rumah Yang Diiktiraf #4 - Jadi Pelabur Saham

Ini memang orang tabik spring.

Sebut je korang main saham, mesti orang ingat korang ni pelabur, duit banyak dan iktiraf korang sebagai orang yang bekerjaya.

Padahal dalam akaun saham ada RM100 je kan.

Tapi orang akan pandang tinggi pada pelabur saham ni.

Memang orang akan nampak yang korang ni seorang yang berkaliber dan bijak kewangan.

Kalau korang fresh grad, tengah minta kerja, cakap pula korang ni main saham dan labur untuk masa depan, orang akan iktiraf kerja dan karier tu.

Kami sendiri di Prof Duit dah jana ROI (pulangan pelaburan) lebuh 60% dalam 1 tahun trading saham ni.

Boleh cara artikel kami di blog ni pasal pengalaman kami melabur saham dengan modal kecil.

Kerja Sambilan Di Rumah Yang Diiktiraf #5 - Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Ini adalah ultimate online business.

Ini adalah objektif terakhir kami dalam dunia bisnes.

Iaitu memiliki bisnes affiliate yang jana pendapatan pasif berterusan.

Kami dah berjaya dengan ecommerce shopee store kami.

Dan duit lebih dari bisnes shopee tu kami laburkan untuk beli trafik.

Trafik tu kami halakan ke landing page.

Bukan website.

Tapi Webpage, iaitu website dengan 1 page, landing page kami la.

Kami kumpul database email.

Kalau 1000 orang jadi subscriber kami, kami akan jana RM1000 sebulan.

Kalau 10000 orang jadi subscriber kami, kami akan jana RM10000 sebulan.

Ini lah matematik simple kami.

Tapi ini adalah data yang terbukti.

Kalau korang ada bisnes affiliate, iaitu bisnes yang makan komisyen jual dan promote produk orang lain, orang akan iktiraf karier ni.

Jadi kerja sambilan ini adalah idaman kami dan plan jangka panjang.

Kami nak bina database email yang cecah 100,000 supaya kami boleh promote produk affiliate berkali-kali pada subscriber kami.

Dan kosnya adalah percuma.

Hanya sekali sahaja kos masa nak dapatkan email.

Yang lain hanyalah bayar yuran autoresponder.

Akhir Kata

Nanti kalau kami free, kami nak tulis artikel pasal kerja part time buat beg kertas, kerja bungkus coklat, kerja part time guna handphone, kerja kopek ikan bilis di rumah, kerja sambilan di rumah johor bahru, kerja sambilan di rumah membuat kotak, pos malaysia part time di rumah, kerja pasang pen di rumah, kerja packing barang lazada, kerja online untuk pelajar sekolah, kerja freelance untuk pelajar, kerja part time yang lumayan, kerja dari rumah johor, pengalaman kerja data entry di rumah dan jurutaip online.

Selamat mencuba!

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...