Orang kaya ni lain sikit.
Cara mereka berfikir pun dah lain dari orang biasa.
Korang tahu tak, kalau orang miskin dan middle class ni, simpan duit untuk simpan duit semata-mata.
Cash yang kita simpan dalam akaun bank tu dijamin akan hilang.
Kenapa?
Sebab inflasi 3% setahun.
Korang simpan RM10,000 hari ni, lagi setahun dah jadi RM9700 sahaja nilainya.
Memang dalam bank tu masih RM10k.
Tapi RM10k tu korang boleh beli barang yang nilainya hanyalah RM9.7k!
So, tak perlu simpan duit ke?
Perlu, tapi simpan untuk labur.
Bukan simpan untuk ada cash banyak dalam bank.
Cara Simpan Duit #1 - Jangan Belanja Lebih Dari Income Bulanan
Ini rule no.1.
Katalah gaji korang RM2,500 sebulan.
Masuk je gaji 1 haribulan tu, terus ambil 5-10% dari gaji.
Orang kaya namakan teknik ni, "Pay Yourself First".
Kalau korang tak buat macam ni, sampai satu masa korang akan susahkan family korang dan rakan yang lain.
Lepas dah ambil 10% untuk diri korang, baru fikir nak sedekah ke orang lain tau.
10% tu korang jangan kacau langsung.
Cara Simpan Duit #2 - Letak Duit Dalam Instrumen Kewangan Lebih 3% (Kadar Inflasi)
Haa, Letak dalam ASB atau Tabung Haji la paling mudah.
Sebab pulangan tahunan dah lawan inflasi 3% tu.
Kalau nak return lebih tinggi letak dekat saham.
Beli syarikat di Bursa Malaysia pun boleh.
Daftar akaun CDS dan beli lah mana-mana syarikat yang korang rasa akan wujud dan untung dalam masa 10 tahun lagi.
Ini kalau korang malas nak fikir nak kembangkan duit, nak mula bisnes kan.
Cara Simpan Duit #3 - Guna Teknik Leverage Hartanah
Haa yang ni korang boleh gandakan kekayaan korang.
Katalah korang ada cash RM2000, korang mampu beli hartanah yang harganya RM300k.
Tapi undercon la. Rumah baru buat dalam pembinaan.
Dengan RM2k tadi, korang boleh sewakan hartanah yang dah siap tu.
Dapat cashflow bulanan RM200 sebulan pun dah ok.
Sewakan lebih dari bayaran bank bulanan.
Rumah dapat.
Bulan-bulan ada income.
Orang bayarkan hutang korang tu.
Korang akan dapat rumah sebijik selepas 30 tahun.
Modal hanyalah 10% dari harga hartanah tapi korang boleh dapat 100% hartanah tu nanti.
So, orang kaya suka leverage kekayaan dengan hartanah.
Kalau korang ada RM100k, boleh leverage beli 5 hartanah yang RM200k.
Nanti networth akan cecah RM1 juta.
Ini teori sahaja, praktikalnya akan sedikit susah la. Tapi kami beri idea sahaja.
Korang kena belajar lebih lagi ya.
Baca : Calculator Loan Rumah Malaysia | Kira Installment Bulanan
Cara Simpan Duit #4 - Pulangan Infiniti Dengan Bina Bisnes
Kalau korang takde duit, tapi korang mesti ada masa lebih kan.
Guna masa lebih korang untuk side hustle.
Buat blog.
Bina Youtube Channel.
Kumpul list email.
Tulis Ebook dan letak di Amazon KDP Kindle Direct Publishing.
Buat tutorial mengajar orang.
Bina pasif income.
Kalau korang ada masa akan boleh buat benda-benda ni semua.
Kumpul followers instagram ke kan.
Bina trafik dan audiens korang.
Kalau korang ada masa, fokus pada bina trafik organik.
Ini namanya pulangan infiniti.
Korang mula modal RM0 je, tapi tukarkan masa korang labur kepada income dalam masa setahun.
Tak perlu keluarkan duit pun. Bina content yang membantu audiens korang tu.
Cara Simpan Duit #5 - Tukar Cash Kepada Cashflow
Orang kaya kalau ada cash RM50,000, mereka akan cari jalan untuk tukarkannya kepada RM2,000 sebulan.
Ini lah rahsia orang kaya.
Cash tak guna sangat kalau simpan dalam bank je.
Yang penting cash flow.
Cara bina cashflow ni, orang kaya akan beli saham.
Kalau nak return tinggi, mereka beli hartanah.
Kalau mereka nak lagi return, mereka akan labur dalam bisnes mereka.
Kalau korang ada RM50k, belanja sebulan dalam RM2k, lepas 25 bulan korang akan kering poket.
Tapi kalau korang ada cashflow RM2k sebulan, walaupun nampak sikit, korang boleh hidup sampai bila-bila.
Aset yang cashflow tu tak akan habis, sebab income tu lebih bernilai dari cash RM50k tadi.
Akhir Kata
Korang cuba amalkan teknik yang kami share ni.
Next time kami nak share pasal cara simpan duit di asb, cara simpan duit untuk student, cara simpan duit kahwin, cara simpan duit untuk anak, cara simpan duit selepas kahwin, cara kembangkan duit, cara simpan duit kecemasan dan cara simpan duit gaji.
Kalau korang rasa sharing kami ni bermanfaat, share artikel ni, dan baca artikel kami yang lain ya.
No comments:
Post a Comment