Tuesday, 16 March 2021

Cara Buat Duit Dengan Youtube Tanpa Tunjuk Muka - RM100+ Sehari

Korang nak ke buat duit dengan youtube tanpa korang tunjuk muka korang?

Artikel kali ni kami nak tunjukkan cara macam mana korang boleh buat youtube channel yang faceless.

Tak payah nak makeup cantik-cantik.

Korang hanya tinggal duduk belakang tabir.

Dalam bilik korang, setting sikit-sikit je.

Nanti korang ada video yang boleh korang upload tanpa muka korang.

Korang tak perlu beli kamera canggih.

Barang mahal kan sekarang, korang pun baru nak mulakan.

Ada smartphone tu korang buat je jadikan alat perakam.

Okay, macam mana cara sebenar nak buat youtube channel yang korang tak perlu tunjuk muka ni?

Cara Buat Duit Dengan Youtube Tanpa Tunjuk Muka #1 - List, Top 10, Best 5, koleksi video youtube channel.

Caranya adalah:

Korang kena fikir niche yang korang boleh buat list!

Ini lah rahsianya.

Korang buat channel pasal 'Fastest train in the world', 'Koleksi ceramah UAI', 'Baby sleeping songs'.

Haa!

Dapat tak ideanya.

Mudahkan.

Kalau niche korang tu betul, korang boleh buat youtube video tanpa perlu duduk depan kamera.

Korang pergi dekat search di Youtube.

Cari dalam 10 video train yang laju.

Korang cut-cut video tu, lepas tu compilekan jadi top 10 video ke.

Ataupun jadikan list video tu.

Best robot invention in 2020 ke kan.

Video ni cepat viral.

Sebab headline video korang tu nanti akan ada curiosity.

Orang nak klik punyalah.

Tengok je channel youtube Techzone, mereka tak tunjuk muka langsung.

Sampai sekarang pun kita tak kenal sapa pemilik youtube channel tu.

Tapi subscriber dah ada berjuta.

Ada banyak niche yang korang boleh apply tau.

Kalau korang nak tahu, korang juga boleh buat youtube channel yang tak payah pun korang buat video.

Korang hanya perlu outsource editing tu di Fiver.com.

Mudah, kalau korang ada modal, boleh labur sikit.

Bayar editor.

Cara Buat Duit Dengan Youtube Tanpa Tunjuk Muka #2 - Doodly

Ataupun korang boleh buat video pasal animated grafik.

Yang ni orang guna Doodly.

Cer google.

Kalau korang ada info nak share macam tips insurans ke, tips pasal kewangan ke, sesuai guna doodly ni.

Sebab niche ni adalah niche yang informatif.

Konsep yang informatif ni memang sangat sesuai.

Tapi kalau korang nak buat channel How To videos, tak boleh lah.

Susah sikit nak align dengan teknik ni.

Ramai orang guna teknik doodly ni untuk niche yang perlukan banyak info sharing.

Kalau korang ajen hartanah ke, boleh cerita kelebihan melabur hartanah, cara nak labur tanpa rugi ke.

Ini sesuai sangat kalau korang nak apply doodly ni.

Sekarang pun doodly ada banyak keluar iklan dekat youtube.

Sebab sangat trending dan mudah guna doodly.

Animated grafik korang nampak macam professional nanti dan orang senang subscribe kalau nampak channel korang macam diedit oleh orang pro.

Cara Buat Duit Dengan Youtube Tanpa Tunjuk Muka #3 - Screen Record

Yang ni best gak.

Korang buat channel pasal tutorial video.

Record je screen handphone korang.

Atau pun laptop.

Nanti orang akan nampak korang klik mouse tu dekat mana, korang dapat buat demonstrasi cara nak buat website ke kan.

Niche ni memang kena kalau nak buat youtube channel macam ni.

Yang bestnya korang boleh dapat banyak view!

Sebab How To videos ni adalah jenis keyword yang paling banyak di search di youtube tau.

Tutorial macam ni sangat berharga.

Lagi best watch time korang akan tinggi.

Sebab orang yang nak belajar tutorial ni, akan tengok video sampai habis.

So, korang dapatlah balancekan dengan benda yang korang nak promote.

Selitkan dalam video korang tu.

Lagi best kalau korang buat tutorial pasal Paid Software.

Nanti korang letak link untuk orang subscribe dan beli software tu dekat description.

Yang paling syok korang boleh dapat recurring income.

Dengan promote software, selagi mana orang tu guna software, selagi tu lah korang akan dibayar.

Buat kerja sekali income masuk berkali-kali hehe.

Cara Buat Duit Dengan Youtube Tanpa Tunjuk Muka #4 - Meditation channel, music, instrumental, channel senangkan baby tidur

Ini paling senang, korang download je music, lepas tu letak gambar sepanjang video tu.

Orang ramai nak video macam ni, perasan tak?

Ada orang buat video blackpink, speed 1000 kali.

Tajuknya blackpink 1000 times faster.

Menarik tak?

Channel macam ni tak perlu editing lebih-lebih.

Orang yang peminat musik akan cari channel macam ni.

Mereka nak play video tu, lepas tu minimise dekat desktop.

So dapat dengar lagu free.

Tak payah bayar spotify ke.

Apply music ke.

Yang ni, untuk yang minat lagu, akan cari video yang ada top 10 juga.

Macam best songs of 2020 ke kan.

Diorang akan mudah subscribe.

Sebab korang beri apa yang mereka perlu.

Iaitu nak dengar lagu je.

Akhir Kata

Kalau korang rasa sharing kami ni ada manfaatnya, apa kata share dekat FB korang ke.

Baca artikel kami yang lain juga ya.

Nanti kami nak share pasal cara buat duit dengan shopee, cara buat akaun youtube berbayar, cara buat duit dengan live streaming, syarat dapat duit dari youtube dan syarat untuk dapat duit dari youtube.

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...