Korang tengah cari idea bisnes?
Nak bisnes yang modal kecil.
Kalau boleh tak keluarkan modal?
Dalam entri kali ni, kami nak share 5 jenis perniagaan yang korang boleh mula harini.
Baca : Cara Simpan Duit Kahwin Setahun (RM18,000 Dalam 6 Bulan)
Modal sangat kecil.
Tak sampai RM100 pun.
Tapi boleh dapat RM5,000+ sebulan.
Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan
Sebagai bukti kami tak sembang, salah satu jenis bisnes ni dah beri kami income masyuk.
Lagi tepat, kami dah jana RM8,200+ sebulan dengan bisnes tu.
Modal kami keluarkan hanyalah beberapa ratus dan selebihnya, hanya rolling untung sahaja.
Baca : Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah (RM100 Sehari Dalam 24 Jam)
Kalau korang baca sampai habis, kami yakin korang ada idea nak buat duit cepat.
Dan mampu ubah hidup korang dalam 2 bulan sahaja.
Sebab bisnes yang kami buat tu, kami dapat income konsisten RM8k+ sebulan selepas 6 bulan sahaja tau.
Okay, jom prof duit tunjukkan korang 5 jenis perniagaan modal kecil tapi untung boleh lebih RM5,000+ sebulan!
Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial
Jenis Perniagaan Modal Kecil #1 - Blogging
Kalau korang nak tahu, kami dah jana RM340+ sebulan dengan blogging.
Hanya letak google adsense di blog prof duit ni sahaja.
Tapi untung utama kami bukan dari blog ni.
Kami buat bisnes nombor 3 tu, nanti kami cerita, sambung baca ya.
Kalau korang nak start bisnes, kami sangat sarankan korang blogging.
Baca : Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari - RM120+ Hari Pertama
Walaupun sekarang dah banyak blog, kami dapati blogging ni antara income kami yang paling pasif!
Kami hanya buat artikel dan tinggal je dekat internet.
Lepas google rank artikel kami ni di search engine, trafik tu akan dapat dengan konsisten.
Sekarang kami ada dalam 3,000 pageviews sebulan dari blog ni.
Baca : Pendapatan Google Adsense Sebulan Dari Blog - Masyukkk jugak.
Dan income pun dah cecah RM300+.
Modal kami keluarkan hanyalah RM0.
Sebab setahun pertama tu kami hanya blog guna blogspot je.
FREE.
Lepas tu, dalam setahun, kami beli domain profduit.com ni.
Baca : Cara Buat Duit Dengan Youtube Paling Untung - RM10,000+ Sebulan
Kosnya hanya RM50 setahun!
Sebulan hanya RM4.20 je.
Untung kami dari Google ads tu, kami laburkan untuk beli domain.
So, kos kami betul-betul RM0.
Hanya perlu guna masa lebihan korang untuk tulis artikel je.
Nanti google akan beri korang trafik dengan sendirinya.
Baca : Senarai Gaji Youtuber Malaysia Paling Kaya - RM500k+ Sebulan?
Kami takde buat sebarang promotion pada artikel yang kami tulis.
Pun boleh dapat beribu views sebulan.
Sangat best blogging ni, hanya tulis sorang-sorang, orang tak kenal, duduk belakang tabir, duit masuk tiap-tiap bulan hehe.
Dan kami dapati income dan trafik kami tetap menaik setiap bulan.
Dan kami dapati kenaikannya dalam RM200 sejak 2 bulan yang lepas.
So, dalam 6 bulan lagi, kami rasa kami boleh cecah RM1,000+ sebulan dengan blogging.
Google akan ambil masa nak buat user testing.
Dalam 35 minggu, baru akan dapat rank artikel kami ni.
So, kami tanam artikel kami di internet, dan tuai hasilnya 8 bulan dari sekarang.
Jom, mulakan blog anda, pastikan baca panduan ni dulu, sebab kalau tak anda mungkin guna jalan sesat dan jalan jauh.
Panduan ni shortcutnya. Klik banner untuk download.
Jenis Perniagaan Modal Kecil #2 - Youtube
Yang ni kami belum mula.
Dan kami di profduit nak mula Youtube channel kami kalau income dari blog ni cecah RM1,000+ sebulan.
Kami sangat suka bisnes youtube ni.
Kalau korang bijak, korang tak perlu tunjuk muka pun.
Ada banyak teknik yang korang boleh buat youtube tanpa tunjuk muka tau.
Kalau korang ni mekanik, korang boleh buat video welding ke.
Kalau korang ni student, buat video pasal memasak ke.
Hanya tunjuk kuali periuk korang jela.
Kami sangat recommend korang mulakan youtube channel.
Sebab kami tahu, ia akan dapat beri korang pasif income.
Sama macam blogging tadi.
Sekali korang upload video, buat 2 video upload seminggu, nanti trafik tu akan datang tanpa henti.
Selama-lamanya lah video korang akan dapat views.
Tapi, kami akan mulakan youtube channel nanti lah, sebab sekarang kita fokus satu-satu dulu.
Pastikan kami dah cecah RM1k pertama dengan blog ni, baru kami akan mulakan youtube channel kami.
Jenis Perniagaan Modal Kecil #3 - Ecommerce
Inilah teknik bisnes yang beri kami income RM8k+ sebulan tu.
Kami jual di Shopee!
Senang sangat nak jual di shopee ni tau.
Hanya upload produk, customer yang datang, hanya akan tengok rating dan bayar.
Senang dapat sale.
Senang nak upload produk.
Kalau nak cepat naik store korang, buat je shopee ads.
Letak bid 7 sen per klik.
Nanti kalau orang lain tak buat iklan, korang akan menang spot tu.
Iklan korang dapat murah pulak tu.
So, dalam RM5 dah ada sale selalunya.
Kami akan buat iklan pada semua produk kami.
Bayangkan, store shopee kami hanya ada 300 produk, tapi income bersih dah lebih RM8,000 sebulan.
Serius kami tak dapat bayang, kalau store yang produk dia ada 3000 tu.
Kami target maybe dalam RM50k sebulan!
Memang guys, kalau korang masuk quadran bisnes, pendapatan korang takde limit.
Kalau korang masih kerja makan gaji, korang akan rasa macam tak logik.
Tapi kalau korang dah join dunia bisnes ni, korang akan dapati sangat boleh nak capai tu.
Kami tak upload produk lagi sebab tak menang tangan kami nak urus order.
Tapi shopee store atau ecommerce ni, korang perlu buat fulfillment (submit order ke supplier), customer service (layan-layan PM), dan sebagainya.
Agak leceh.
Tapi kami dapati, ecommerce ni paling senang nak buat duit.
Kami mula dengan ecommerce dulu, lepas tu beralih ke blog.
Sebab lepas buat duit sikit dari shopee ni, kami dah ada modal nak bina pasif income yang betul-betul pasif.
Kami akan beralih ke channel blogging dan insyaAllah ke Youtube suatu hari nanti.
Lepas tu kami dah boleh pencen haha.
Mulakan bisnes shopee korang hari ni.
Tak payah pening, beli je ebook bawah ni, ikut step by step, kami hanya follow je langkah nya.
Klik banner ni untuk download.
Jenis Perniagaan Modal Kecil #4 - Affiliate Marketing
Korang kalau nak tahu, ini bisnes ultimate!
Kami plan nak buat bisnes ni nanti juga.
Affiliate marketing ni, korang hanya jual produk orang lain.
Selalunya produk digital.
Macam ebook, course, webinar, software kan.
Korang hanya perlu promote link affiliate sahaja!
Korang tak payah layan customer, tak payah nak fill order kan.
Dah lah komisyen lagi besar, sebab boleh cecah 70% margin.
Kalau produk RM100, korang boleh dapat RM70 net.
Sebab owner produk tak payah nak bayar kos inventori, staff pun takde, sebab semuanya digital.
Nak duplicate produk tu takde kos tambahan.
Hanya copy paste di alam maya je.
Tapi kesalahan terbesar dan paling ramai newbie buat adalah, newbie akan promote link affiliate terus!
Ini sangat salah.
Patutnya korang kena letak kan landing page korang dulu.
Biar customer isi email dan detail mereka.
Korang dah tangkap email mereka, baru halakan trafik tu ke offer yang korang nak promote.
Nanti 1% je yang akan beli.
Kalau korang tangkap email, 40% akan beri email tau.
Dan korang boleh followup terus tau.
Tak perlu nak bayar Facebook ke Google lagi nak dapatkan trafik.
Kalau korang ada facebook page, katalah 1,000,000 followers, korang post, kalau hari korang ada tuah, akan ada dalam 5,000 orang yang korang dapat reach.
Reach tau!
Bukan like komen ke apa.
Facebook nak korang bayar duit untuk reach audien korang sendiri.
Korang tak miliki audien tu.
Kalau korang guna email, korang boleh broadcast ke 1,000,000 subscriber korang.
Dan kosnya adalah percuma!
Nampak tak powernya email ni.
Ini teknik lapuk tapi evergreen.
Internet tercipta bila email pertama berjaya dihantar.
Macam mana email marketing ni nak mati?
Jenis Perniagaan Modal Kecil #5 - Social Media Influencer
Yang ni kami surrender awal.
Sebab muka kami tak hensem, tak cun pun.
So, kami tak mampu nak join bisnes ni.
Tapi kalau korang ada pakej, boleh cuba.
Tapi why not kan.
Kami share sikit la, kalau macam Nora Danish tu, ada 4,000,000 followers instagram.
Sekali post, dia caj RM2,000+ untuk satu gambar.
WOW.
Tak ke senang kerja artis ni.
Kami ni, hidung pesek, kami hanya mampu buat kerja belakang tabir je.
Tapi kalau korang bijak macam prof duit ni, korang akan dapati ada 1001 cara nak buat duit tanpa tunjuk muka korang tau.
Tapi korang boleh lah cuba collect followers macam main livestream game di facebook kan.
Guna kelebihan skill korang yang hebat main game untuk tarik peminat.
Lepas tu, korang boleh dapat sponsorship tau.
Kalau macam Miss Rose Gaming tu, income dia dalam RM18,000 sebulan.
Main game pubg.
Stream sehari 2-3 kali je.
Padu guys.
Rezeki ni macam-macam cara boleh dapat.
Tapi yang penting, korang jangan fikir nak makan gaji je.
Ini lah antara sebab kami bina blog Prof Duit ni.
Nak buka mindset korang dari makan gaji kepada bisnes.
Jom, download ebook instagram ni untuk mula bisnes dengan social media.
Akhir Kata
Next time, kami nak share pasal perniagaan francais modal rendah, jenis perniagaan modal kecil, barang yang cepat laku dijual online, bisnes modal rm500, bisnes modal rm100, perniagaan kecil kecilan, cara memulakan perniagaan sendiri dan bisnes modal rm5000.
Kalau korang rasa artikel kami ni ada manfaatnya, apa kata korang share artikel ni.
Baca juga artikel kami yang lain juga ya.
Good luck!
No comments:
Post a Comment