Pendapatan Google Adsense kami sebulan dari blog Prof Duit adalah sebanyak USD30+ bersamaan RM120+.
Pendapatan ni adalah pada bulan Februari 2021. Eh yang korang nampak hanya USD10 kan?
Sebab, masa kami screenshot ni, ia baru hari ke 10.
So, korang boleh lah darab 3! Tapi kami dalam trend menaik. Pendapatan dari Google Adsense kami dalam trend menaik.
Baca : Cara Simpan Duit Kahwin Setahun (RM18,000 Dalam 6 Bulan)
Sebab kami tahu, Google dah mula rank page di blog ni.
Sebab sudah lebih setahun artikel kami rangup di internet dan Google mula beri reward pada Prof Duit kerana menulis entri yang membantu pelawat kami.
Cara dapat bayaran google adsense
Cara Prof Duit buat duit adalah dengan selitkan iklan adsense sahaja dalam blog ni.
Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan
Kami perasaan, untuk buat duit yang banyak dari adsense, korang kena optimisekan area yang orang nampak.
Perasan tak ada banner besar kat atas tu, kalau korang klik, kami dapat duit. Tapi itulah banner yang banyak dapat klik.
So, kalau iklan korang tu orang banyak nampak, lagi banyaklah potensi untuk orang klik.
Baca : Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah (RM100 Sehari Dalam 24 Jam)
Cara dapat duit dari google adsese
Kalau korang follow Prof Duit, kami buat duit dengan blog ni dengan 3 cara!
1. Google Adsense
Kami hanya pasang iklan, sekali setup dan tinggal.
Nak dapat duit dari Google Adsense ni kena dapatkan trafik yang banyak.
Kalau korang ada 1,000 pageviews sebulan, korang boleh jana dalam USD4 bersamaan RM12.
Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial
Kami ada buat beberapa blog, seperti dalam niche kurus, dalam niche student dan kejuruteraan.
Dan kami dapati blog Prof Duit ni, nilai RPM (revenue per mile) agak tinggi berbanding niche lain.
Mungkin niche ni banyak orang nak beriklan sebab niche buat duit.
So kami dapat RPM dalam USD8-10! Kalau niche lain mungkin rendah je RPM dalam USD1 sahaja!
Banyak bezakan?
Baca : Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari - RM120+ Hari Pertama
2. Link Affiliate
Link affiliate ni kami selit sahaja dalam blog ni.
Kami buat duit kalau korang pergi link tu dan beli ebook dan produk di situ. So kami akan dapat komisyen.
Baca : Cara Buat Duit Dengan Youtube Paling Untung - RM10,000+ Sebulan
Kami join program Klikjer. Senang giler buat duit dengan klikjer ni.
3. Mailing List
Yang ni, kami kumpul list subscriber email. Kami akan beri tips dan trik untuk korang buat duit online.
Kami juga bongkarkan cara step by step untuk korang gantikan gaji kerja korang dengan income dari bisnes online.
Kami dah jana sampai RM6.7k sebulan! Dan kami nak share cara yang betul supaya korang pun boleh dapat buat duit online.
Baca : 5 Jenis Perniagaan Modal Kecil RM5,000+ Sebulan
Isi email dalam form di atas tu ya.
Mailing list ni, kena kumpul sampaai 10,000 subscriber baru korang dapat income yang masyuk.
Kami follow nasihat Anik Singgal, youtuber yang collect email address dan fokus pada email marketing.
Baca : Senarai Gaji Youtuber Malaysia Paling Kaya - RM500k+ Sebulan?
Sebab email marketing ni evergreen, dan sentiasa boleh buat duit kalau subscriber korang ramai dan korang dapat engage, bina hubungan dengan mereka.
Kami gunakan autoresponder Aweber untuk hantar email secara automatik.
Cara dapat trafik ke blog untuk jana pendapatan online dengan adsense
Trafik ke blog atau website adalah jantung bisnes google adsense anda.
Tiada trafik, tiada orang klik, tiadalah duit dari google adsense. So, trafik ada 2, trafik bayar, trafik free.
Kami pilih trafik free, kami akan tulis artikel sehari 1 artikel yang panjangnya 1500 hingga 2000 perkataan.
Biar Google cari artikel kami. Kami takde promote langsung artikel kami ni.
Kami hanya fokus tulis content yang bagus untuk pembaca blog Prof Duit ni.
Lepas 6-10 bulan, google akan rank artikel kami di tempat yang sepatutnya.
Google ambil masa dalam 35 minggu untuk buat user testing sama ada korang layak dapat rank tinggi atau tak.
Sebab tu korang kena fokus bina content yang menjawab pertanyaan dan membantu pembaca blog korang tu.
Berbaloi ke pendapatan google adsense?
Walaupun buat masa sekarang hanya USD30 sebulan sahaja, pendapatan pasif dari google adsense ni bertahan lama.
Sebab apa?
Kami guna teknik dapatkan trafik free dari search engine tadi, so sekali artikel kami dapat rank tinggi, agak susah orang lain nak bina content lagi bagus, dan potong ranking kami.
Adsense pula, automatik je buat duit. Kalau kami biar pun blog ni, akan sentiasa lah masuk duit dari google adsense tu ke dalam akaun bank kami.
Mudah kan? Kami yakin kami boleh jana sampai RM2,000+ sebulan dengan Google adsense.
Follow blog kami ni dengan subscribe dalam mailing list tu.
Berapa banyak boleh dapat dengan google adsense?
Korang boleh dapat sampai RM10,000 sebulan kalau pageviews korang adalah 1 juta sebulan.
So, potensi tu tiada had. Kalau korang betul-betul nak buat duit dengan adsesne, dapatkan trafik yang banyak dengan bina blog dalam niche hiburan, artis, selebriti, politik, isu semasa, bahan sensasi dan lain-lain.
Niche tu akan dapat trafik yang tinggi!
Kami pilih niche kami sendiri sebab kami pilih yang evergreen. Kami tulis sekali, tapi lepas 10 tahun ke 20 tahun, tetap artikel ni relevan.
Berapa pendapatan blogger malaysia?
Haa, ni kami sarankan korang cari sendiri lah di internet, kami tahu ada blogger macam cikepal tu jana sampai RM50,000 sebulan dengan blogging.
Tapi sekarang, dia dah tak buat blog, tapi buat instagram profile untuk dapat duit.
So, memang boleh dapat duit yang banyak.
Kalau cikmatahari pula, dia buat blog pasal masakan, dan dapat income RM3,000+ sebulan dari blog beliau.
Boleh lah baca sendiri ya, yang kami pula, hanya santai sahaja, USD30 tu upah kami blogging untuk bantu pembaca kami.
Kami ada income dari bisnes lain yang hampir RM8k sebulan.
So, blogging ni adalah sampingan, kami tak kisah pun berapa kami dapat buat duit dari blog ni, asalkan kami bantu pembaca kami bina bisnes mereka sendiri.
Pendapatan blogger malaysia boleh cecah RM2,000 sebulan hingga RM60,000 sebulan tau!
Cara buat duit dengan iklan
Ini mudah je, korang cari trafik. Trafik organik yang free dari Google ambil masa setahun.
Korang buat entri yang bagus dan biar selama 12 bulan. Dalam tempoh tu korang patut hasilkan dalam 300+ blog post.
Nanti trafik blog korang akan mencanak naik pada tahun ke-2!
Dan pasang iklan adsense. Semuanya akan jadi autopilot nanti.
Pendapatan google adsense per klik
Blog Prof Duit ni, pendapatan google adsense per klik adalah sebanyak USD0.50 secara purata, bersamaan RM1.50 untuk setiap klik!
Agak berbaloi la. setiap 100 pageviews, kami dapat dalam USD1 atau RM4!
Bulan ni je pageview kami dah ada dalam 3000 pageviews, dan trafik blog kami sentiasa meningkat dari bulan ke bulan.
hehe..
Pendapatan google adsense dari blog
Pendapatn google adsense untuk blog Prof Duit ni adalah RM120 sebulan! Tak termasuk income dari klikjer, affiliate dan mailing list kami.
So, dalam RM150 hingga RM200 sebulan. Pendapatan blog ni adalah pasif income ya.
Lepas siap artikel kami, semuanya automatik, tu yang kami suka tu hehe.
cara meningkatkan pendapatan google adsense
Tulis artikel lagi banyak. Lagi banyak artikel blog korang tulis lagi banyak pendapatan adsense korang.
Kalau korang tulis 10 artikel, biar 8 bulan, Google akan rank dalam bulan ke 8 tu, korang mampu jana RM0 sebulan!
Kalau korang tulis 100 artikel, biar 8 bulan, Google akan rank dalam bulan ke 8 tu, korang mampu jana RM2300 sebulan!
Kalau korang tulis 500 artikel, biar 8 bulan, Google akan rank dalam bulan ke 8 tu, korang mampu jana RM7200 sebulan!
Teknik google adsense yang betul
Buat blog yang membantu pembaca blog korang. Dan buat artikel yang menjawab pertanyaan di Google.
Trafik tu akan datang dengan sendirinya selepas 10 bulan.
bila google adsense akan bayar?
Bila korang punya payment threshold lebih USD100, Google akan bankin ke dalam akaun bank yang korang daftar dengan Google.
Mudah sahaja.
Akhir kata
Next time kami nak tulis pasal penghasilan adsense youtube, adsense rewards, google earn, perhitungan adsense youtube, apa itu impression rpm, adsense rpm, google adsense cpm rates, google ads revenue estimator, cara buat duit dengan paypal, cara buat duit dengan mudah dan buat duit dengan youtube.
Share artikel kami ni, baca artikel yang lain, komen di bawah kalau korang nak tahu apa-apa, dan subscribe dalam email list kami di atas ya. Good luck!
1 comment:
Bagaimana mahu menarik minat pembaca?
Post a Comment