Monday, 15 February 2021

Cara Dapat Duit Dari Google Malaysia - RM2,000+ Sebulan dengan Google Malaysia

2 words: Blogging. Youtube!

Korang tengah cari cara nak dapat duit dari Google Malaysia?

Dalam entri kali ni, kami nak ajar cara korang boleh bina pendapatan pasif dari Google Malaysia.

Cara ni adalah cara yang dah hasilkan ramai jutawan seluruh dunia.

Ini bisnes model yang korang kena ikut.

Hanya copy and paste sahaja step mereka dan anda mampu buat duit online dengan mudah!

Blogging vs Youtube

Ini paling popular.

Kalau korang tak suka tunjuk muka, korang buatlah blog.

Kalau korang suka duduk depan kamera dan orang kenal, buatlah youtube channel.

Tapi korang boleh juga buat youtube channel yang tak tunjuk muka. 

Contohnya buat channel dalam niche: Fastest train in the world, best azan, best quran recitation, meditation channel, susun-susun dan bakar mancis, kids channel dan macam-macam lagi.

Blogging is dead? Dah tak boleh buat duit dengan blogging?

Anda silap!

Blogging masih boleh buat di zaman sekarang.

Walaupun orang suka tengok video dari membaca. Tapi kami masih boleh jana 15000 pageviews sebulan dari blogging!

Tengok je blog Prof Duit ni, kami dapat dalam 5000 pageviews selepas setahun blogging!
Dan trafik ni adalah percuma.

Kami tak pernah promote pun post kami.

Semua trafik datang dari Google!

Dan trafik ni akan terus maintain sampai ada orang boleh kalahkan artikel kami di Google Search!

Selagi content kami adalah 'content terbaik' untuk keyword tertentu, Google akan terus beri kami trafik.

Dan korang boleh letak sahaja Google Adsense dekat blog untuk jana pendapatan pasif.

Apa Cara Buat Duit Dengan Blog?

Secara ringkasnya, ada 3 cara untuk korang buat duit dengan blog.

1. Iklan - Google Adsense, Ad network, Sewakan ruang iklan, Nuffnang, MGID, dan macam-macam lagi.

2. Selitkan link affiliate - Klikjer, Involve Asia, Lazada affiliate, Shopee affiliate, Clickbank, Getresponse, Clickfunnel, Clickmeeting dan lain-lain.

3. Jual Produk sendiri - Kumpul email list, jual online courses, jual webinar, jual ebook sendiri, buat digital video, personal coaching, consultation service dan macam-macam.

Cara Buat Blog Percuma

Pergi blogger.com atau wordpress.com. Ataupun medium.com.

Kelebihan medium.com ni, korang akan gunakan domain authority medium.com.

So, artikel korang akan dapat authority di Google, so senang dan cepat untuk rank. Tapi korang tak dapat full control pada artikel tu.

Kalau nak promote lebih-lebih ke, tak boleh guna medium.com.

So, gunalah blogger atau wordpress kalau korang serius nak buat duit online.

Blog Prof Duit ni hanya guna blogger.com dan beli domain dari Godaddy.com.

Hanyalah RM50 setahun! so RM4.20 sebulan sahaja.

Murahkan mulakan blog ni!

Cara Buat Duit Dengan Wordpress dan Blogger

Cara nya sama sahaja macam 3 cara kat atas tu.

Secara umum, korang boleh buat duit dengan iklan, link affiliate dan jual produk sendiri.

Kalau korang malas, dan nak buat duit sampingan, letak je iklan Google Adsense atau ad network yang lain.

Kalau nak duit lebih sikit, join program affiliate dan letak link di blog. Ini untung banyak sikit dari iklan.

Kalau korang nak lagi masyuk buat duit online ni, korang boleh jual produk sendiri. Selalunya produk sendiri ni korang boleh caj mahal sampai RM1000.

So, cara nak close sale produk yang mahal ni, korang gena guna email marketing atau free webinar.

Ini je cara yang terbaik kalau korang nak jual produk yang mahal secara online. Guna email dan webinar!

Cara Buat Blog Adsense

Untuk buat blog adsense yang berjaya, korang kena fokus kat 2 benda ni:

1. Menjawab pertanyaan di Google.

2. Beri info yang membantu pelawat blog.

Kalau orang datang dari search engine, mereka baca entri blog korang sampai habis, share pula lepas tu, klik dan baca artikel lain pula, dan tak patah balik ke Google untuk cari website lain, Google tahu artikel korang sangat bagus!

Google akan beri korang rank yang tinggi!

So, pertama sekali korang kena pastikan pelawat korang dapat jawapan apa yang mereka cari.

Lepas tu korang ulang sahaja.

Buat artikel 1500 hingga 2000 perkataan.

Buat selama setahun, korang akan dapat 360 artikel!

Kami boleh kerat jari kalau korang tak boleh buat duit.

Kalau korang ada 360 artikel, kami rasa korang akan dapat dalam 15000 ke 40000 pageviews sebulan!

Dengan trafik tu, korang selitkan iklan adsense biasa pun dah boleh dapat $4 setiap 1000 pageviews.

Dah boleh dapat $60 bersamaan RM240+ minimum!

Kami rasa korang boleh dapat lebih, sampai RM2000+ dengan klik banyak tu.

Kalau trafik korang banyak korang senang je nak claim duit free dari Google Malaysia.

Kalau tambah dengan link affiliate, korang dah boleh jana sampai ribuan ringgit sebulan!

Cara Dapat Duit Dari Google Malaysia Setiap Bulan

Tambah posting di blog, tambah youtube videos!

Google akan bayar kalau anda cecah USD100.

Korang kena buat banyak posting dan video, supaya trafik korang cecah 15000 views sebulan.

So korang boleh jana lebih USD100 setiap bulan.

Dan boleh dibayar setiap bulan dari Google Malaysia.

Ini adalah cara yang terbukti untuk korang dapat views yang lebih banyak.

Views yang banyak akan beri peluang yang banyak untuk orang klik iklan atau link affiliate korang.

Pastikan info korang share tu bermanfaat dan pelawat korang akan hargai info tersebut!

Berapa Pendapatan Google Adsense?

Prof Duit jana $40 sebulan dari Google Adsense sahaja!

So dapatlah RM120 sebulan. Lepas lah nak bayar autoresponder Aweber kami secara percuma.

Sambil tu kami jumpul email list dan menjual produk digital.

Kami ada share pendapatan kami dari google adsense.

Google adsense ni antara pasif income yang kami suka, sebab korang hanya tulis artikel sekali, dan duit tu masuk untuk bertahun-tahun lamanya.

Selagi mana Google tak jumpa artikel yang lebih baik dari artikel kami, Google akan tetap beri trafik pada kami.

So, setiap bulan pendapatan Google Adsense kami meningkat.

Apa Teknik Google Adsense Yang Betul?

Beri konten blog dan youtube yang terbaik!

Buat video dan artikel yang menarik dan informatif.

Pastikan kandungan video dan artikel tu bukan clickbait (untuk tarik klik semata-mata).

Konsisten dalam buat content.

Untuk blog, buat 1 artikel sehari selama setahun!

Untuk youtube, buat 2 video seminggu selama setahun.

Kena konsisten, sebab konsistensi ni lah satu-satunya cara Google nak cari blogger dan vlogger yang sebenar.

Jangan berhenti sekerat jalan ya!

Ada tak buku google adsense untuk korang belajar?

Ada beberapa buku Google adsense yang korang boleh guna kalau nak cepat pandai buat duit dengan google adsense ni.

Kalau post ni dapat views yang tinggi, kami akan share buku tu pada korang secara percuma nanti.

Pastikan korang share artikel ni dengan rakan-rakan untuk mereka pandai buat duit online juga.

Akhir Kata

Next time, kami nak tulis artikel berkaitan cara google bayar youtuber, cara buat duit dengan youtube dan teknik buat duit dengan iklan.

Minta korang share artikel ni, komen di bawah, dan join mailing list kami dalam form email di atas tu ya!

Good luck!

1 comment:

Ito said...

You can earn 10K a month with Tesla Powerwall Malaysia!!!
Which is important to be diligent!!!

https://s.tslpowerwall.com/tm?rc=71663185&sd=8U74HX&c=MY&s=cp&lang=MY&ch=23&cl=7

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...