Friday, 8 January 2021

RM100 Sehari - Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal

Korang mesti tengah nak cari cara macam mana nak buat duit dengan handphone tanpa modal kan.

Kalau korang gunakan cara trading, korang pun kena guna modal.

Walaupun korang hanya perlukan modal yang kecil untuk trade forex atau saham, korang tetap kena keluarkan duit.

Tapi macam mana korang boleh jana RM100 sehari dengan handphone korang sahaja?

Baca : Gaji Foodpanda RM10,000+ Sebulan - Cara Nak Dapat Income 5 Angka Dengan Hantar Makanan

Ramai cakap guna applikasi yang boleh buat duit macam online survey, buat affiliate pada ecommerce site macam Fingo dan macam-macam lagi.




Tapi semua tu, bukan kata tak berkesan, memang berkesan, tapi kami dah cuba semua teknik tu.

Kalau ia berkesan pun, perlukan masa, dan korang nak hasil cepat kan.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

Kami ada cara macam mana korang boleh start mula buat duit online dengan mudah sahaja.

Korang tak perlu tunggu tempoh masa yang lama, nak buat duit kena dapat trafik yang banyak kan.

Jom kami bongkarkan rahsia macam mana cara buat duit dengan handphone korang sahaja, tanpa keluarkan modal sesen pun, dan juga tanpa tunggu masa yang lama.

Korang boleh mula buat duit hari ni juga!

Baca : Gaji Youtuber 1000 Subscriber - Hmm..Banyak Ni Rupanya

Siyes guys tak tipu.

Baca : (Menjadi) Tips Cari Duit Tambahan Cara Otai

Ok, jom sama-sama belajar cara buat duit mudah ni, ramai tak tahu lagi hehe. Kami di Prof Duit akan bongkarkan ke korang semua.

OK guys, cara yang kami nak tunjuk ni menggunakan platform Facebook Marketplace!

Ya guys, Marketplace ni tempat orang jual-jual barang second hand.

Mereka yang datang kat sini, suka buat COD. Korang boleh jual di kawasan yang korang boleh buat COD.

Langkah pertama korang cari group-group di Marketplace tu.

Katalah korang duduk area Gombak, Selangor.

Korang search sahaja di tempat search facebook tu, cari group-group macam "Kami penduduk Gombak", Kami geng Gombak", "I Love Gombak".

Haa, korang request dahulu untuk masuk group-group tu.

Baca : Duit Masuk Akaun Tanpa Modal - RM131.10 dalam 24 Jam

Lepas beberapa jam, korang akan dapat masuk, tapi jangan jadi spammer pulak.

Sebab tu ramai admin letak soalan untuk tanya korang betul-betul ke duduk Gombak.

Soalan mereka tanya selalunya berkenaan tempat-tempat sekitar gombak lah. Baru mereka dapat tapis orang Gombak atau tak.

Jadi korang kena tahu sikit la pasal tepat local kat situ.

Ok cara ni tak sampai sehari pun korang boleh buat duit dengan handphone korang.

Baca : Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM3,000+ Sebulan

Eh, dah join group, mestilah nak keluarkan modal kan nak beli barang? Haa, sebab tu lah nama blog kami ni Prof Duit.

Kami memang champion dalam memusingkan teknik-teknik untuk berniaga ni.

Kalau korang nak tahu, kami sorang je guna cara buat duit dengan handphone tanpa modal ni.

Hehe, korang buat listing dekat group tu. Buat listing pasal barang yang korang dah ada!

Baca : Cara Buat Duit Dengan Menulis Review

Ya! Katalah korang ada TV Toshiba 32 inci. Korang dah guna dalam setahun, dan RM550 masa korang beli tu.

Korang buat listing RM600! Ya, korang markup je, jangan risau, akan ada orang yang PM tanya nak beli.

Markup sahaja dalam RM50, kalau ada orang beli, ok lah korang jual, kalau takde orang beli, korang sambung guna sahaja.

Tapi ada lagi trik kalau orang tak beli yang korang boleh guna supaya dapat profit jugak. Kami kan Prof Duit hehe.

Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan

Cara macam mana nak suruh orang beli jugak kalau korang dah letak harga RM600.

Caranya adalah korang letak lagi satu listing harganya RM650!

Hahaha, kalau orang tak beli jugak korang letak lagi listing baru harganya RM700.

Nanti akan ada orang yang nampak iklan RM600 tu murah berbanding yang lain.

So, akan lebih tinggi lah peluang untuk mereka beli.

Teknik ni, kami dah guna, dan kami dah jual beberapa produk dengan jayanya.

Kawan saya ada yang buat sehingga RM40,000 setahun dengan teknik ni. Masa tu dia jual Bosch Drill.

Harga yang dia jual RM350, tapi dia dapat barang harganya hanyalah RM250!

Baca : Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah (RM100 Sehari Dalam 24 Jam)

Dia berjaya markup RM100 per item.

Tapi dia perlukan modal sebab nak pusingkan barang. Yang kami ajar tu teknik yang free.

Korang tak perlu keluarkan modal pun.

Ambil sahaja gambar barang-barang dapur korang ke, periuk nasi ke, oven ke.

Markup RM50 ke berapa sahaja korang nak.

Baca : Buat Duit Dengan Shopee - RM10,000 Kedai Baru 3 Bulan

Dan korang boleh repeat banyak kali.

Tapi marketplace ni tempat orang santai-santai berniaga. Ayat korang untuk buat listing tu pun kene santai.

Kalau kami buat listing, selalunya ayat kami macam tak menjual pun, sebab orang akan menyampah dekat seller yang lebih-lebih ni.

Kami akan cakap macam ni: "Nak letgo Oven sekian sekian, Area Gombak, COD ye bang, malam pun boleh COD."

Haa simple sahaja tapi power, sebab orang mudah termakan kalau dia rasakan macam membeli dengan orang biasa sahaja.

Baca : 19 Kerja Mudah Gaji Besar - RM4,000 Sebulan

Lagi satu, barang korang tu pastikan berfungsi dengan baik, kalau korang jual TV tapi remote rosak ke, korang kenalah carikan TV remote lain dulu ya.

Lepastu pastikan korang simpan kotak TV tu, masa korang beli, so bila nak jual balik ada harga, dan customer rasa puas hati.

Kalau takde kotak susah sikit la nak jual barang macam TV tu. Kalau barang kecil boleh la.

Lagi satu, member saya tu jual pakai beg plastik je. Dia akan COD dekat hotel. Pergi hotel dan suruh orang tunggu di Lobi.

Sebab dia menjual sambil melancong! Haha

Baca : Alahai Senangnya Jual di Shopee, RM1,100 Sebulan Kerja Tak Sampai Sejam Sehari!

Katalah dia duduk Johor, tapi nak berjalan dekat melaka masa weekend, dia akan on kan listing pada grup penduduk melaka.

Orang melaka tu pulak, memang dia buat urgency sikit, boleh COD 2 hari je, sebab dia nak balik johor semula.

So, sebelum dia mulakan menjual di Marketplace ni, dia akan join seberapa banyak group yang boleh.

Tapi group tu mestilah group yang dia akan sampai. Jangan korang duduk Johor, join group orang perlis.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Mati bak hang nak COD sampai ke sana. Buat yang korang akan sampai. Katalah pak mentua korang duduk kelantan. Ok, bila korang balik kampung, bawak lah barang korang tu pergi kelantan.

Teknik ni berkesan guys, kami dulu jual tilam angin, Oupsss.

Mula-mula kami letak listing acah-acah je di Marketplace tu.

Dan kami dapati, ramai pulak orang PM nak beli tilam angin. Kami test-test je produk-produk yang kami suka.

Lepas tu, kami pun beli lah tilam angin 1. Tapi kami keluarkan modal dulu lah.

Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial

Kalau korang takde modal jual lah barang-barang yang korang dah ada. Katalah orang dah beli TV korang tu kan, korang beli semula TV yang sama di pasaraya, so korang dapat untung bersih, dan korang dapat TV baru!

Haaa, kan seronok begitu. Yang kami jual tilam angin tadi tu, modal kami keluarkan dalam RM40 lebih.

Lepas tu, kami boleh ambil untung atas angin sehingga RM70!

Kami jual pada harga RM120, eh orang masih beli. Lepas jual, kami beli balik tilam angin tu.

Kalau orang tak beli tilam angin tu, takpelah kami simpan jelah pakai. Dan kami beli semula tilam angin tu dekat shopee sahaja.

So pusing-pusing gitu jelah. 

Baca : 3 Cara Cepat Buat Duit Dengan Youtube Walaupun Subscriber Anda Sedikit

Korang try lah teknik buat duit dengan handphone ni. Tak de modal pun yang perlu korang guna.

Hanya berbekalkan smartphone korang dan beberapa item yang korang dah ada.

Macam-macam korang boleh jual dengan markup harga ni.

Buatlah listing di Marketplace item korang tu. Kasut ke, jaket ke, motor ke, printer ke, monitor ke.

Macam-macam benda boleh terjual.

Trafik di Marketplace ni sangat targetted.

Baca : RM100+ Pada Hari Pertama - Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari

Kalau listing korang dapat 10 views pun boleh dapat buyer. Ya! Kami dah try, view hanya beberapa puluh sahaja, tapi conversion rate sangat tinggi.

Mereka semua tersangat dahagakan barang korang tu.

Mulakan listing korang hari ni, pergi join group dan letaklah iklan.

Kalau nak lagi advance belajar buat iklan di marketplace tu ya.

Selamat mencuba guys!

Baca : 99% Jadi - Rahsia Menjadi Kaya Sejak Zamak Berzaman

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...