Monday, 18 January 2021

Pengalaman Main Saham - Untung RM1899 @ 63% dalam 5 bulan

Korang tengah cari pengalaman main saham?

Korang nak cuba main saham tapi takut-takut nak mulakan? Kalau korang main saham, korang kena tahu beberapa tips penting yang bolehkan korang kurangkan risiko rugi main saham.

Saham ni adalah pelaburan long term, korang jadi investor.

Kami nak share sikit pengalaman sebenar kami main saham dan korang boleh follow kalau korang nak.

Kami berjaya buat RM1899 dengan modal asal RM3000.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

Kami deposit sejumlah RM3000 dan dah berjaya withdraw RM1899. Tapi di akaun saham kami masih ada lagi investment bernilai RM2500+.

Kalau korang nak tengok apa saham kami beli dan apa kami jual, haa ni kami share data excell kami.


Kami masih dalam profit tau! Korang kena buat spreadsheet macam kami buat ni. Ini kami share pengalaman main saham yang sebenar.

So, kami masih dalam profit! Macam mana kami lakukan perniagaan saham ni? Kami minta korang baca artikel ni sampai habis kalau nak tahu macam mana kami buat pulangan 63% dalam 5 bulan.

Kami beri detail sikit kisah pengalaman sebenar kami main saham di Bursa Malaysia. Kalau korang nak buat duit main saham, korang baca entri ni sampai habis ya.

Jangan lupa baca entri kami yang lain, cek sidebar kanan ni, banyak ilmu kami share berkenaan buat duit online ni.

Baca : Duit Banyak? (Menjadi)  Strategi Orang Kaya Buat Duit Banyak

Semua tips kami beri tu sangat berguna untuk korang yang nak buat duit online dan kami beri tips ni semua percuma!

Apa yang kami buat dulu masa kami main saham ni, kami ambil sikit profit kalau saham tu dah profit dan labur balik.

Bayangkan main saham ni, return korang boleh dapat sampai 30% sehari! Tapi itu memang rarelah, jangan ingat selalu dapat buat macam tu.

Kami cari saham yang aktif, dan beli waktu pagi pukul 9, dan biar beberapa hari.

Baca : Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM1,000 Seminggu Tanpa Modal

Teknik kami main saham ni simple sahaja, kami cari saham yang jatuh drop banyak, dan bila kami nampak harga dia pantul sahaja, kami akan beli.

Korang pun boleh buat, tapi kene ikut panduan dalam ebook ni..

Download dekat banner di bawah ni..

Itu tandanya saham tu nak mulakan uptrend semula.

Kami buat research dengan Google je. Katalah korang nak beli real estate investment trust (REIT).

Dan korang minat dengan saham ni, taip sahaja 'Axis Reit' dan tambah perkataan 'KLSE'.

Lepas tu kami akan tekan 'Max'. So korang boleh tengok saham ni bagus ke tak.


Saham ni saham uptrend! So korang akan selamat kalau korang beli saham macam ni.

Dekat bawah ni pulak, kami share saham yang korang boleh main jauh-jauh, kalau boleh hati-hati dengan saham macam ni.


Saham kat atas tu boleh dikategorikan sebagai saham 'Zombi'. Ia turun dan turun dan turun sampai tak kesudah.

Pengalaman main saham bursa malaysia ni, korang kena hati-hati dengan saham macam ni lah, agak banyak sebenarnya di bursa malaysia!

Jadi selagi korang beli saham-saham uptrend macam Axis Reit tadi, insyaAllah korang selamat.

Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE

Ingat! Hati-hati dengan saham zombi. Kekadang korang terpedaya tengok saham murah! Dan kalau naik 10 sen je, berapa banyak percent kan korang dah untung, itu semua psikologi yang bahaya untuk korang pegang.

Jom, kami cerita sikit macam mana kami boleh mula nak main saham di Bursa Malaysia ni.

Dulu, kami ada sedikit kesedaran kewangan. Masa tu, kami sedar kami simpan duit cash di akaun bank, takde banyak pun kami dapat.

Korang bayangkan secara purata, inflasi adalah 3%! So, kalau duit korang simpan dalam savings account di bank tu, korang dijamin 100% akan hilang duit korang tu.

Kenapa? Sebab interest bank kasi adalah bawah 1%. Maknanya lepas setahun, korang kehilangan 2% value duit korang tu.

Baca : Cara Tambah Followers Instagram FREE - 10K Followers Dalam 1 Bulan

Kalau korang ada RM10,000 dalam savings account tu, korang kena fikirkan cara nak lawan inflasi 3%, dan caranya adalah dengan letak duit korang tu dalam instrumen kewangan.

Instrumen kewangan tu kena beri pulangan lebih tinggi dari kadar inflasi semasa, bersamaan 3% lah lebih kurang kalau dekat Malaysia dan kebanyakan negara di dunia ni.

Masa kami nak mula melabur, kami letak sahaja duit kami di Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Sebab kami tahu, pulangan pelaburan ASB ni konsisten dalam 7% setahun kan!

So, kami akan buatkan duit tu grow 4% at least, selepas lawan inflasi.

Baca : (MENJADI) Cara Buat Duit Dengan Cashzine - RM30 Sehari

Kami tak buat apa-apa pun, cuma letak sahaja duit tu di akaun ASB. Lagipun kami tak guna duit tu.

Masa tu, kami adalah simpan dalam RM2000 ke RM3000 je.

Sikit je. Lepas tu kami mula terfikir, ASB ni kan satu instrumen pelaburan, so dekat mana ASB ni dapat duit kan.

Setelah buat kajian sendiri, kami dapati, ASB ni melabur di Bursa Malaysia!

Dan sebahagian portfolionya di luar negara. So, kami pun mula lah terbayang, kalau letak ASB ni untung 7% setahun!

Kalau lah kami labur sendiri di Bursa Malaysia, kami boleh dapat untung sendiri, dan kami dah pun try.

Alhamdulillah dapat 63% dalam masa 5 bulan! WOW, maknanya duit kami yang asalnya RM3,000 tu dah jadi dalam RM5,000+!

Ada sikit rugi juga main saham ni, tapi kami kalau masih dalam fasa rugi, kami tak akan jual saham tu!

Tak kiralah, mindset kami dah set, kalau rugi kami akan pergi main long term strategy, dan tambah lagi portfolio saham.

Bak kata jaguh saham dunia, Warren Buffet tu, atok warren cakap, benda paling bodoh korang boleh buat, adalah jual saham bila harganya jatuh!

Ya, kami memang pegang falsafah ni. So, kami akan hanya jual kalau saham kami tu tengah dalam untung.

Ada juga satu teknik ni, yang mana korang akan mudah buat duit dengan saham ni. Korang buatlah banyak-banyak saham yang dibeli, jadikan portfolio.

Dan kalau korang nak guna duit tu, korang kena jual saham yang paling tinggi untungnya, dan biarkan saham yang masih rugi!

Lama-lama saham rugi tu akan swing balik, dan korang boleh jual lah saham tu.

Ini bagi mengelakkan korang terus dalam kerugian. Ya, kami punya satu tips yang paling kami suggest korang ikut adalah, jangan jual saham yang sedang rugi.

Ia akan menyebabkan korang giveup setengah jalan nanti.

Tak payah Stop Loss pun, biar sahaja saham tu naik dengan sendirinya.

Tapi korang kena alert sikit, jangan sampai korang terbeli saham zombi!

Saham zombi ni akan turun sikit-sikit, dari RM1 jadi RM0.50, RM0.30 jadi RM0.10, dan RM0.01 jadi RM0.005 tapi tak mati-mati.

Dari 1 sen pun boleh jadi setengah sen, tapi saham ni tak mati-mati. Ni namanya saham zombi!

Apa saham korang nak beli? Korang kena beli saham yang tengah uptrend, yang mana korang boleh jangka syarikat tu akan profit dalam 10 tahun ke 50 tahun akan datang!

Kalau korang boleh bayangkan syarikat tu akan masih ada dalam tempoh 100 tahun akan datang, haa korang boleh beli saham macam tu.

Tapi kekurangan teknik ni, saham macam tu selalunya mahal!

Mungkin RM10, Contoh saham macam tu adalah saham gergasi, macam Maybank, Bank Islam, Petronas dan lain-lain.

Kalau korang nak main saham dekat overseas, korang ada banyak kelebihan. Iaitu korang akan dapat beli saham yang Home Run!

Apa itu saham home run? Saham home run ni, saham yang sekali dia naik, terus naik, terus naik lagi dan lagi, tak turun-turun!

Ada saham macam ni tau! Tapi selalunya saham macam ni adalah saham yang ada produk killer dan customer mereka sangat setia.

Contohnya Amazon, Facebook, Shopify, Nvidia, Netflix dan lain-lain. Ini yang best main saham overseas, susah kita nak jumpa saham home run ni dekat bursa malaysia!

At least korang yang pernah main forex tu, main saham ni ada kelebihannya berbanding forex.

Memanglah dari segi liquidity tu kurang, tapi main saham ni, secara long term, saham akan uptrend. 

Manakala forex, secara long term adalah sideways!

Kalau korang main long term dengan saham ni korang agak susah rugi. Tapi bila korang nak guna duit tu?

Sebab tu kami main saham secara long term dan juga short term.

Kalau kami nak guna duit, kami akan jual sikit saham yang profit dan simpan saham yang belum profit lagi.

Tapi kena ingat cara ni korang akan mengumpul saham-saham yang tak profit, lama-lama portfolio korang akan banyak merah je, tapi takpe, korang still spend sahaja beli saham lagi.

Kami suka cara ni, ia membantu ekonomi malaysia untuk berkembang.

Kalau korang nak tahu apa cara main saham yang dah bantu kami buat duit ribu-ribu ringgit, apa kata korang dapatkan ebook ni.

Dalam ebook ni, korang boleh muntah dengan ilmu pelaburan saham, cara nak analisis saham yang senang untung, cari saham uptrend dengan mudah, details cara korang nak daftar ke.

Senang cerita semua lengkap lah kalau korang masih newbie dan nak buat duit dengan saham, order dengan klik banner di bawah ni ya! Support kami di blog Prof Duit ni.

 

Akhir Kata

Kami nak korang profit dalam saham ni, dan kami nak lagi ramai anak bangsa kita yang boleh buat duit dengan pasaran saham Bursa Malaysia ni.

So, next time, kami akan share pasal topik-topik seperti kisah rugi main saham cara bermain saham dengan modal kecil, permulaan bermain saham, testimoni menang saham, pengalaman bermain saham syariah, cara bermain saham tanpa modal, pengalaman beli saham ipo dan risiko main saham.

Kalau korang suka content dalam artikel ni, apa kata korang tolong share artikel ni, dan korang boleh baca artikel kami yang lain di side bar kanan tu atau scroll sampai bawah ya.

Komen kat bawah kalau anda juga pelabur saham, dan ada pengalaman main saham, share pengalaman anda supaya orang lain dapat info juga.

Good Luck!

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...