Saturday, 16 January 2021

Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM3,000+ Sebulan

Korang mesti tengah cari cara untuk memulakan perniagaan sendiri kan?

Korang nak start bisnes tapi tak tahu macam mana cara yang betul nak mulakan bisnes tu?

Kami akan tunjukkan cara memulakan perniagaan sendiri yang korang boleh buat mulai hari ni.

Kami dah berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia perniagaan, dan kami tahu selok-belok cara memulakan perniagaan sendiri hingga boleh hasilkan ribuan ringgit secara pasif!



Dulu, kami dah cuba macam-macam perniagaan, offline ke online sama juga.

Dan kami dapati, kalau korang nak dapat income masyuk dari bisnes korang, korang kena ikut cara memulakan perniagaan sendiri ni dulu.

Baca artikel ni sampai habis, kalau boleh share juga dan baca artikel kami yang lain di blog Prof Duit ni.

Baca : Gaji Foodpanda RM10,000+ Sebulan - Cara Nak Dapat Income 5 Angka Dengan Hantar Makanan

Bila kami Google cara memulakan perniagaan sendiri ni, kami banyak jumpa keyword yang berkaitan seperti berikut:

cara memulakan perniagaan online, cara memulakan perniagaan kosmetik, memulakan perniagaan di malaysia, cara memulakan perniagaan pakaian, proses memulakan perniagaan yang berjaya ,cara memulakan perniagaan tudung, cara memulakan perniagaan makanan, cara memulakan perniagaan kecil

Memang ramai orang nak tahu cara mulakan bisnes ni.

Sebab kebanyakan kita baru dapat kesedaran yang bisnes ni boleh untung tanpa had.

Baca : (Menjadi) Tips Cari Duit Tambahan Cara Otai

Kalau korang kerja, katalah gaji sebulan RM2000, itu sahaja lah had maksimum bulanan.

Kalau korang naik gaji lainlah, itupun setahun paling tak pun RM200 kan.

Kami dah cuba kejar tangga gaji, kami rasa slow sangat nak kaya kalau kita kejar gaji, dan cara paling cepat nak kaya adalah dengan mulakan perniagaan sendiri.

Dan kami lakukannya tanpa gunakan sebarang modal!

Untuk pengetahuan korang, kalau korang baru nak start buat bisnes ni, kami sangat sarankan anda jual produk orang lain!

Ya! Jangan sibuk nak jual produk sendiri. Ini buang masa korang.

Kalau nak mulakan bisnes ni, mulakan perniagaan yang tak perlukan modal!

Ada banyak sebenarnya.

Baca : Duit Masuk Akaun Tanpa Modal - RM131.10 dalam 24 Jam

Kami listkan beberapa supaya korang dapat idea.

Cara dalam artikel ni, kami cuba beri cara yang paling best, korang tak perlukan keluarkan modal dan boleh mula hari ni.

Ini adalah cara terbaik memulakan perniagaan sendiri pada zaman sekarang ni.

Cara Memulakan Perniagaan Sendiri #1

Buat Blog

Buat blog, letak iklan, letak link affiliate, jual ebook dan course di blog.

Ini antara cara mulakan bisnes yang paling kami suka. Blogging ni sangatlah pasif pendapatan korang.

Tapi korang kena beri  masa setahun untuk blogging! Sebab artikel-artikel yang korang tulis hari ni, akan ambil masa 6 hingga 12 bulan untuk dirank di Google.

Baca : Cara Buat Duit Dengan Menulis Review

Kalau korang tulis content blog yang bagus, Katalah korang layak dapat ranking nombor 3 di Google untuk keyword "Cara buat kari ayam". Google ambil masa lebih kurang 8 bulan atau 35 minggu untuk naikkan rank blog korang sampai nombor 3 tu untuk keyword tu.

Sebab Google akan ada tempoh 'user testing' untuk tahu artikel korang tu layak di rank di artikel mana.

Korang tak payah promote pun blog post korang tu. Kalau korang gunakan masa promote tu untuk hasilkan content yang bagus, Google akan lebih reward hasil kerja korang tu.

Macam blog Prof Duit ni, kami takde buat sebarang promotion!

Walaupun 1 link pun kami tak pernah letak di Facebook ke, Youtube ke, semua kami biarkan trafik datang ke blog ni secara organik.

Baca : Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal - RM1000 Sebulan

Sebab kami tahu, kalau kami spend 30 minit ke 1 jam sehari selama 30 hari.

1 hari 1 artikel, dan panjangnya dalam 1500 ke 2000 patah perkataan, Google akan nampak effort kami berblogging.

Dan dia akan beri kami ranking yang baik selepas setahun.

Mula-mula dalam 6 bulan tu, korang boleh expect pelawat blog korang tu 0-10 orang sahaja.

Dan akan mencanak naik terus ke 1000-10,000 pageview sebulan selepas 8 bulan!

Kalau korang tak percaya, cuba korang buat blog yang korang minat nak tulis dan biarkan sahaja artikel tu masak di internet. Nanti Google akan beri korang ranking juga.

Baca : Cara Buat Duit Untuk Pelajar Sekolah (RM100 Sehari Dalam 24 Jam)

Lepas korang dah buat dalam 30 ke 50 ke 100 post dalam blog tu, korang dah boleh mula fikir cara menjual di blog korang.

Kami suka letak iklan Klikjer (Jual ebook secara affiliate marketing), dan letak sahaja Google Adsense kalau korang malas.

Dapat juga income yang pasif.

Kalau korang nak tambah lagi trafik ke blog korang, korang perlu tambah lagi post.

Baca : Buat Duit Dengan Shopee - RM10,000 Kedai Baru 3 Bulan

Ada satu kajian mendalam dari data real, apa hubungan bilangan post dengan income blog tu:

Kalau korang tulis 10 artikel di blog dan biar 8 bulan, income korang boleh berangan adalah RM0 sebulan!

Kalau korang tulis 100 artikel di blog dan biar 8 bulan, income korang boleh berangan adalah RM2,700+ sebulan!

Kalau korang tulis 500 artikel di blog dan biar 8 bulan, income korang boleh berangan adalah RM8,500+ sebulan!

So, jangan tunggu lagi dan berangan sahaja, mulakan blog korang harini juga! Lagi setahun baru sembang berapa income korang dapat ya!

Baca : 19 Kerja Mudah Gaji Besar - RM4,000 Sebulan

Ingat ia pasif income tu, nanti korang akan rasa berbaloi menulis ni.

Cara Memulakan Perniagaan Sendiri #2

Bina Ecommerce Store

Buat ecommerce store, buat shopee store, shopify, ebay dan lain-lain. Korang dropship antara website-website tu juga. Boleh buat secara halal, dropship shopee ke shopee, dropship ebay ke shopify, dropship aliexpress ke Amazon.

Ini paling cepat untung tau, korang boleh nampak hasil pada bulan pertama!

Kami dah jana lebih RM3000+ sebulan dengan Shopee store kami.

Kami mulakan upload produk seberapa banyak yang mungkin sahaja, lepas tu kami fokus pada jawab PM dengan laju, dan jawab semua.

Sebab kalau korang baru nak mulakan store korang, korang takde mark 'Sold' lagi.

Baca : Alahai Senangnya Jual di Shopee, RM1,100 Sebulan Kerja Tak Sampai Sejam Sehari!

Yelah store baru orang nak beli pun takut. So apa yang customer nampak adalah 'Jumlah Produk' dan 'Response Rate'.

Kalau mereka pergi page produk korang, mereka tengok tak de item terjual, mereka akan scroll dan nampak 2 benda ni dulu.

Kalau korang boleh fokus kat 2 benda ni pada permulaaan bisnes korang, kami yakin anda boleh buat sale pada bulan pertama, silap-silap seminggu mulakan bisnes je dah ada sale!

Kami masa mula-mula dulu, setkan masa untuk upload 5 produk sehari, selama 30 hari.

So, dalam sebulan kami sudah ada 150 produk! Memang dah boleh dapat social proof sikit.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Semua produk tu kami drophsip dari shopee juga. Kalau ada order kami akan order dengan seller shopee yang lain.

Kami akan markup dalam RM20 ke RM30 untuk produk tu, dan potong kasi diskaun.

Letak pula FREE SHIPPING kalau order lebih RM100. Buat 'Bundle Deal' dan juga listkan 'Top Picks' di kedai online korang tu.

Dengan teknik ni, kami akan nampak sama denga seller yang top.

Dan bezanya hanyalah jumlah item SOLD dan rating.

Orang akan mula membeli kalau korang gunakan teknik ni.

Lagi satu tips, kalau korang buat shopee ads, korang markup la besar sikit dalam RM30 dan buat iklan shopee letak maksimum bid 7 sen per klik!

Buat banyak-banyak iklan sampai korang tak larat, haha.

Cara kedua, korang boleh letak RM1 lebih murah, dari supplier korang dan markup dekat shipping mahal sikit, letak je RM9.90 shipping.

Produk-produk yang sesuai untuk teknik ni adalah, korang pergi search 'kerusi plastik' (Produk bawah RM10), dan sort 'price low to high'.

Baca : Cara Buat RM100 Sehari Di Marketplace Facebook - Cara Dapat Sale Banyak Di Media Sosial

Orang yang buat macam ni adalah yang cari item paling murah di Shopee, dan korang akan dapat tangkap trafik macam ni.

Untuk page produk macam ni, korang tak perlu buat iklan pun, hanya perlu upload produk dan letak diskaun sahaja!

Bijak tak Prof Duit ni! haha

Cara Memulakan Perniagaan Sendiri #3

Mulakan Youtube Channel

Mulakan perniagaan sendiri dengan Youtube! Mula buat youtube channel, letak iklan adsense, letak link affiliate di description.

Youtube ni sama dengan blogging tadi, korang akan nampak hasilnya dalam setahun lebih juga!

Baca : 3 Cara Cepat Buat Duit Dengan Youtube Walaupun Subscriber Anda Sedikit

Tapi sangatlah berbaloi. Kalau korang dapat trafik yang terus subscribe dan like video korang, korang akan naik cepat. Nanti korang akan banyak tengok video korang di ruang suggested videos.

Cara terbaik untuk buat youtube channel ni, adalah fokus pada content yang orang nak tengok.

Contohnya: Cara Masak Spageti Carbonara, Proton X70 vs X50 Mana Lagi Bagus, Cara Bina Income Pasif dari Shopee.

Haa! Korang dapatkan idea tu.

Katalah korang ni jenis suka masak kan, apa kata korang rakam video korang masak, tak perlu tunjuk muka pun.

Tunjuk kuali dengan periuk korang sahaja.

Baca : RM100+ Pada Hari Pertama - Cara Nak Dapat Duit Dalam Sehari

Seminggu buat 2 video masak dan upload di Youtube. Buat selama setahun!

Konsistensi sangat penting di youtube tau! Biar youtube tahu yang korang ni memang vlogger yang serius.

Youtube ni kalau korang dah ada banyak view, letak sahaj iklan Google Adsense, dan selitkan link affiliate di description.

Tapi kalau youtube korang dah memang dapat hit yang banyak, mudah je buat duit.

Kalau takde trafik susah nak buat duit, lupakan la pasal nak buat duit tu.

Baca : 99% Jadi - Rahsia Menjadi Kaya Sejak Zamak Berzaman

Kalau korang nak trafik, korang kena buat content yang bagus dan unik, dah ada trafik baru korang senang nak monetize.

Cara Memulakan Perniagaan Sendiri #4

Jual di Facebook Marketplace

Mula berniaga di Facebook Marketplace! Ambil gambar korang punya barang second hand. Markup harga dan jual secara COD. Orang beli, anda untung lepas tu beli balik barang anda tadi di pasaraya.

Ini bisnes model yang mudah dan sedikit tidak automatik. Sebab korang kena buat COD.

Tapi yang bestnya, korang boleh buat duit pada hari pertama!

Baca : Gaji Youtuber 1000 Subscriber - Hmm..Banyak Ni Rupanya

Korang jual join sahaja grup-grup facebook di tempat korang. Contohnya "Kami anak pahang", "Geng pahang", "Kami penduduk sungai hisap".

Haa, bila korang request join grup ni, korang boleh lah post listing produk korang. Kalau ada orang minta, korang layan PM dan cuba close sale.

Baca : RM100 Sehari - Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal

Lepas tu korang buat COD hantar barang.

Marketplace ni trafik sangat targetted. Katalah 10 orang view listing korang, korang dah berpotensi buat sale tau!

Lepas 2 minggu korang renew listing supaya naik balik post korang tu.

Jual lah TV di rumah ke, periuk nasi ke, benda-benda yang korang dah ada. Katalah korang beli harga RM250, markup lah jual RM280!

So, bila korang jual, nanti korang beli baliklah barang tu RM250. Kalau takde orang beli, korang terus jelah pakai barang korang tu haha.

Bijak tak Prof Duit ni!

Kalau orang tak beli, kami akan markup lagi harga jadi RM290. Sebab nanti akan ada orang nampak yang RM280 tadi lagi murah dan akan beli dengan korang juga!

Akhir kata

Korang sebenarnya ada 1001 cara memulakan perniagaan sendiri. Korang kena cari ilmu yang betul.

Kami sangat sarankan korang mulakan bisnes korang tanpa modal. Dan korang akan nampak hasilnya dalam beberapa bulan sahaja.

Kalau korang minat pasal cara memulakan perniagaan sendiri yang lain, kami ada sajikan di blog Prof Duit ni.

Boleh cari artikel kami tu, baca dan share pada rakan-rakan anda di Facebook dan Social Media ya!

Good Luck!

No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...