Korang mesti pernah dengar kan pasal orang buat duit ribu-ribu sebulan berniaga di shopee?
Kalau korang nak tahu, kami adalah salah seorang seller yang dah pun jana lebih RM3,000+ sebulan dengan shopee.
Boleh tengok bukti income kami di blog Prof Duit ni.
Kami dah dapat income masyuk macam tu ketika kami berniaga pada bulan ke-4!
Ya, kalau korang tahu cara berniaga di shopee ni, senang sahaja. Kami buat santai-santai sahaja.
Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya
Sehari hanya ambil masa sejam untuk uruskan order. Korang kena belajar cara macam mana nak berniaga di shopee ni, nanti korang akan dapat rasa income masyuk.
Shopee ni tak sama macam ecommerce lain, arus shopee ni dah melambung-lambung.
Sudah terlalu ramai orang suka beli di shopee. Kebanyakan mereka sangat selesa berniaga di shopee.
Korang jangan tertinggal kapal. Dalam banyak-banyak perniagaan yang kami ceburi, shopee ni yang paling cepat return on investment.
Tambahan pula, kami mula berniaga di shopee ni dengan modal 0!
Baca : (MENJADI) Cara Dapat Followers Instagram FREE
Telur ayam. Kami tak keluarkan duit sesen pun untuk mulakan berniaga di shopee. Cuma korang perlukan sedikit kerajinan untuk mulakan upload produk cantik-cantik.
Baca : Cara Memulakan Perniagaan Sendiri - RM1,000 Seminggu Tanpa Modal
Untuk yang masih newbie, jom kami ceritakan sebijik-sebijik, step by step cara berniaga di shopee yang betul.
Kami tak nak makan untung sorang-sorang, so kami nak share pengalaman kami dan ajar korang cara berniaga di shopee yang ramai kedekut nak share.
Supaya korang dapat merasa income ribu-ribu sebulan juga macam kami. Cara berniaga di shopee ni, kami akan share kat sini tips dan strategi yang korang boleh ikut.
Kalau korang nak buat income yang banyak sebulan macam kami, sampai RM3000+ sebulan, korang kena ikut tips dan strategi cara berniaga di shopee ni.
Untuk nak tahu lebih lanjut, detail, cara-cara step by step, kami sarankan korang dapatkan ebook bisness shopee yang kami baca dan guna dulu masa kami mula-mula nak berniaga di shopee.
Ok.
Baca : Duit Banyak? (Menjadi) Strategi Orang Kaya Buat Duit Banyak
Langkah #1 - Cara Berniaga Di Shopee
Korang perlu mula daftar akaun shopee.
Takkan itu pun kami nak ajar. Ni, straight forward, korang ikut sahaja cara-cara dalam ebook tu. Nanti kalau dah siap daftar, baru kita boleh apply cara berniaga di shopee yang kami nak share ni.
Korang boleh lah main-main dulu dengan akaun tu, try tengok kat mana nak siapkan order customer dan lain-lain.
Langkah #2 - Cara Berniaga Di Shopee
Korang perlu upload produk dan beri description yang baik.
Ok, ini sangat penting. Kalau korang store yang masih baru, orang tak akan nampak apa-apa rating dalam store korang. Macam mana diorang nak beli?
Label 'Sold', Preferred seller semua tu korang tak ada lagi. Kalau kami pun tak akan beli dengan orang yang tak de item yang pernah dijual.
So macam mana nak selesaikan masalah ni guys? Caranya ada 2.
Yang pertama, korang upload produk seberapa banyak yang boleh. Letakkan target sebulan pertama korang nak upload 150 produk dekat shopee store.
Upload 5 produk sehari selama 30 hari. Cara upload produk pula, korang ambil sahaja di shopee.
Ya! Jadikan seller lain di shopee sebagai supplier anda. Mereka pun suka orang lain dropship dengan mereka. Sales mereka pun akan naik.
Minta izin dahulu dari mereka. Chat sahaja.
Harga macam mana pula? Tak kan nak letak lagi mahal? Siapa nak beli kalau mahal?
Haa, korang kena faham, harga bukan masalah ya, orang akan beli kalau servis korang bagus, rating tinggi, ship laju, social proof banyak.
Kalau korang ada dapat order pertama sahaja, korang terus order semula dari supplier, kalau boleh hari yang sama.
Sebab nanti shopee akan hold payment korang, so korang kena keluarkan sikit modal untuk dahulukan order customer tu. Nanti kalau customer dah dapat barang, mereka akan klik 'Order Received'. Haa korang pun dapat lah duit nanti.
Lepas tu, korang kena amalkan cara kedua pula.
Cara kedua ni korang kena reply semua PM customer dalam 12 jam. Kalau korang last PM semua customer kul 8 pagi, sebelum pukul 8 malam korang kena reply semua PM juga.
Kenapa ini penting?
Sebab kalau korang perasan, orang yang datang produk page anda, nanti akan nampak , Eh takde sale lagi la produk ni.
Tapi bila dia scroll ke bawah, dia akan nampak 'Number of Product' dan 'Response Rate'!
2 benda ni sangat penting untuk korang naikkan pada mula-mula korang menjual di shopee.
Ni lah cara korang nak beri sedikit kepercayaan untuk orang beli dengan aman di shopee store korang.
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan tips-tips kami ni, kami dapat belajar belajar dari Ebook Bisness Shopee.
Tak rugi untuk korang labur sikit beli ebook ni, sebab pack dengan info untuk mulakan bisnes korang.
Kami dulu main hentam sahaja, tapi lepas baca dan praktikkan step by step dalam ebook ni, kami mampu jana ribuan ringgit sebulan secara santai bro!
Klik banner ni untuk order ya.
Langkah #3 - Cara Berniaga Di Shopee
Cari supplier yang rating bagus.
Mana nak cari supplier yang murah dan mampu beri anda rating yang bagus kalau anda order dari mereka.
Ini sangat mudah, tahukah anda di shopee beribu supplier bagus anda boleh dapatkan dengan mudah.
Katalah anda jual kasut, search sahaja di shopee, dan buka pada column 'Top Sales', lepas tu korang tick option 'Local Seller'.
Nanti korang akan pilih yang sold banyak dan rating tinggi. Mereka ni semua bagus-bagus belaka. Order hari ni esok dah boleh sampai.
So korang boleh tumpang rating yang tinggi kalau order dengan mereka.
Kalau boleh jangan ambil supplier oversea, jenuh korang nak reply PM nanti kalau item lambat sampai. Kekadang boleh cecah sebulan lebih.
Paling cepat sampai pun seminggu ke dua minggu.
So, ambil sahaja yang rating 4.8 ke atas dan pilih local seller.
So korang boleh claim yang produk korang jual ready stock.
Langkah #4 - Cara Berniaga Di Shopee
Lubuk duit sebenar - Shopee Ads!
Haa, ini paling best, korang tahu tak iklan di shopee ni tersangatlah murah! Korang boleh dapat cost per click 7 sen sahaja.
Dan conversion rate korang selalunya boleh dapat sale lepas iklan tu jalan dalam RM5 sahaja!
Ya guys, dulu facebook zaman 2010 boleh lah dapat iklan macam ni.
Tapi sekarang FB Ads dah melambung tinggi kos iklannya, dah lah customer kebanyakannya tak targetted.
Shopee ni korang hanya perlu tulis target keywords sahaja di iklan, korang tak payah promote, tak payah reply PM, tak payah goreng ayat close sale, dan macam-macam lagi.
Paling best, shopee ni yang datang ke website shopee ni hampir 98% adalah buyer!
Ya! Korang tak payah fikir strategi sangat nak tukarkan pelawat store korang jadi pembeli. Mereka adalah hot traffic!
Dan kalau mereka nampak store korang legit, item banyak, rating bagus, ship laju, komen pun bagus, mereka akan terus beli, sebab mereka nak beli pun senang.
Ada fungsi shopee pay, 2-3 klik sahaja dah boleh buat payment.
Tak payah nak pergi bank buat deposit dan sebagainya macam FB.
Langkah #5 - Cara Berniaga Di Shopee
Selesaikan order pembeli dengan order semula dengan supplier anda.
Haa, ni straight forward la. Dah ada order korang pergi dekat shopee korang dan order dengan supplier tadi.
Lepas tu korang masukkan lah alamat customer tu. Copy Paste sahaja sebab senang sikit, tak buat silap.
Dan kami cadangkan korang guna Laptop atau PC, kalau handphone nanti carca marba hidup korang.
Dah siap beli dengan supplier tu korang pergi dekat Seller centre > My Shipment dan masukkan order ID tadi, save dekat note.
Ni penting, katalah customer tanya tracking dah sampai mana ke, bila pos, nanti korang akan copy order ID tadi dalam note. Korang mudah nak cek tracking.
Pergi semula dekat My Purchase dan paste order ID dan korang boleh dapat tahu status penghantaran.
Langkah #6 - Cara Berniaga Di Shopee
Maintain rating yang baik dengan aim untuk jadi Preferred Seller.
Ini, ambil masa sikit, tapi kalau korang konsisten, mudah sahaja sebenarnya.
Mula-mula korang kena setelkan order dengan cepat. ship item yang orang dah bayar secepat mungkin.
Kalau guna cara berniaga di shopee dalam post ni, korang kena order dari supplier secepat mungkin. Kalau kami buat, selalu kami kumpul order hari tu, dan esok paginya kami bangun awal. Sebelum 8 pagi kami dah order kat supplier.
Dengan cara ni, korang tak pening kepala asyik tengok shopee saja.
Dan korang boleh ship esoknya terus. Sebab kalau supplier korang bagus, korang order pagi sebelum 8 pagi, diorang akan ship pada hari yang sama.
So, korang dapat payment dalam 3 hari je, dan customer korang pun puas hati sebab barang akan ship esoknya terus.
Lepas tu, korang kena jawab PM customer dengan cepat. Kalau boleh dalam beberapa minit saja.
Jawab di HP la ye, lagi cepat. Kalau kami kami suka setkan masa, setiap 12 jam kena jawab.
Katalah kami last jawab kul 8 pagi, so akan kami sediakan masa untuk bukak PC dan jawab PM di PC sebelum 8 malam.
Setkan sehari 3 kali untuk jawab PM customer ni.
Sebab kami suka guna PC, kalau HP nanti kalau customer minta tracking susah korang nak cek.
Dan kalau korang dah read tu nanti lupa pula nak beri mereka tracking semula kalau bukak laptop.
So, buat jadual. Dan katalah customer tu marah sebab item sampai, korang jawab je elok-elok.
Kalau mereka tak puas hati minta refund, korang mudahkan urusan refund tu.
Tak rugi sangat pun, yang penting rating korang tinggi lagi bagus, nanti conversion rate korang sangat tinggi.
Pastikan item yang order sama dengan yang dapat, item sama macam gambar, kasut saiz mesti betul, jangan putar belit customer nanti naya ke diorang.
Jadilah seller yang jujur, ni semua termasuk juga dalam keberkatan rezeki korang tu.
Langkah #7 - Cara Berniaga Di Shopee
Target untuk buat RM10,000+ sebulan!
Haa, yang ni, korang ulang dan repeat, katalah korang boleh dapat RM5 per sale. Apa kata korang fokus untuk spend RM100 sehari dengan beriklan.
Korang akan dapat lagi banyak sale.
Dengan teknik 7 sen klik tadi, korang setkan maksimum. Dan kalau korang nak lagi banyak ads korang jalan, letak lebih banyak produk dan buat ads terus.
Setkan 7 sen satu klik lagi. Cara berniaga di shopee ni mudah saja kan.
Ini namanya horizontal scaling, korang maintain harga sama, ambil profit dalam RM20 ke RM30 sahaja, dan korang bedal lah buat produk banyak-banyak!
Nanti korang akan dapat diversify shopee store tu.
Buat 'Bundle Deal', edit 'Top Pick' dan dapatkan rating yang bagus, kasi maintain.
Kami sume bundle deal dan top pick ni, sebab bila orang sampai produk page tu, nanti mereka akan scroll untuk cari item lagi murah dan similar!
So, mereka akan nampak bundle deal dan top pick korang dulu sebelum nampak item seller lain.
So, conversion korang lagi tinggi. Silap-silap memang akan ramai yang order lebih satu sebab ada diskaun.
Korang groupkan bundle deal tu, kalau kasut, buat bunde deal kasut je.
Kalau beg tangan, buat bundle deal beg tangan je.
Sebab trafik yang datang dari kasut, mesti lah lebih mudah beli 2 kasut kan dari beli 1 kasut dan 1 beg tangan.
Haa, korang cubalah ya.
Langkah #8 - Cara Berniaga Di Shopee
Cashflow sangkut bila bisnes anda dah masyuk? Anda perlukan teknik Other People's Money (OPM).
Masa ni, korang perlu guna credit card! Ya guys, bila bisnes anda dah masyuk, kami yakin akan ada sedikit kesukaran untuk anda maintain cashflow bisnes.
Bila anda grow bisnes ke puluhan ribu sebulan, anda perlukan capital yang besar, modal dah kena ada.
Mula-mula memang tanpa modal, tapi sampai bila nak ada di takuk lama. Anda perlu untuk bangunkan lagi income anda dengan shopee.
Shoot for the moon, if you miss it, you will land on the stars.
Kalau nak buat RM1,000,000 korang kena target untuk buat RM10,000,000!
Kalau korang target hanya nak buat RM1,000, kami yakin korang hanya akan dapat buat RM100!
Ini nasihat pakar bisnes. Antara sebab Donald Trump jadi billionnaire, ialah dia berfikir dalam billion!
Dia tak fikir untuk kecil-kecilan punya bisnes.
So, untuk grow kan lagi bisnes, korang boleh swipe credit card. Tapi kalau korang sudah yakin dengan CPA (customer per acquisition).
Bahasa kampungnya, berapa banyak kos untuk korang dapatkan sorang customer.
Kalau korang masih tak dapat nak cari duit untuk grow, korang boleh pinjam credit card sedara mara ke.
Ini bukan hutang jahat ok! Ini hutang baik, sebab ia hutang bisnes.
Ini perlu sebab shopee akan hold payment korang sampai customer dapat barang dan klik 'Order Received'.
Dan lepas 3 hari baru lah shopee akan release payment tu. So untuk sustain bisnes ni, kalau korang takde modal, boleh sahaja swipe credit card korang.
Cukup 20 hari korang dah mampu bayar semua hutang kredit kad tu.
Haa, kalau korang nak lebih detail cara kami setup semua shopee store kami secara automatik, jangan lupa dapatkan ebook bisnes shopee ni ya.
Klik link ni untuk baca.
Akhir Kata
Korang boleh lah amalkan teknik-teknik dan tips rahsia cara berniaga di shopee ni, kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila lah scroll content di kanan tu, dan baca entri kami yang lain pasal cara berniaga di shopee untuk jana puluhan ribu sebulan ya.
Good luck!
No comments:
Post a Comment