Wednesday, 8 April 2020

Cara Buat Duit Tepi Paling Berbaloi

Korang tercari-cari cara untuk buat duit tepi? Nak duit poket tambahan bulan-bulan.

Nak buat duit tepi ni ada cara senang, ada cara susah, ada cara duit tepi yang tak automatik, dan ada duit tepi yang automatik. Yang automatik tu kira pendapatan pasif la. Korang buat kerja sekali, duit datang berkali-kali.

Yang automatik tu adalah cara buat duit tepi yang paling kami suka. Kalau nak cara dapat duit percuma sekarang (dalam 24 jam) boleh baca di sini.



Sebenarnya ada terlalu banyak cara untuk korang buat duit tepi ni. Nak atau tak nak je.

Tapi kalau korang baru nak mula jana pendapatan sampingan ni, korang kena usaha lebih sikit. Kena konsisten baru dapat hasil yang cepat.

Baca : Kenapa Korang Tak Kaya? - Sebab No. 1 Susah Nak Kaya

Ok, mari saya tunjukkan macam mana caranya korang boleh buat duit poket/sampingan/kopi untuk bantu naikkan income korang. Belajar juga cara cari duit lebih untuk student hingga RM1000 sebulan.

CARA BUAT DUIT TEPI PALING BERBALOI
BLOGGING

Blogging adalah cara paling kami minat untuk buat duit tepi. Korang boleh mulakan blog korang dalam topik apa sekalipun.

Pastikan korang pilih niche/topik dalam 3 kategori yang paling untung ni.

3 topik ni terbukti sudah banyak hasilkan jutawan dalam dunia blogging. Ini yang patutnya korang ikut jejak langkah mereka.

Baca : Cara Bermain Forex Dengan Modal Kecil - Teknik Naikkan Balance

1. Wealth - Topik berkaitan kewangan, cara untuk kaya, cara buat duit, insurans, takaful, pelaburan saham, forex, hartanah dan lain-lain.

2. Health - Topik berkaitan kesihatan, cara main gym, cara nak kuruskan badan, cara nak putihkan kulit, cara nak kekal sihat, cara nak awet muda, cara ubat kanser, kancing gigi, mulut busuk, dan macam-macam lagi lah.

3. Love - Cara pikat awek, cara bercinta, cara pikat suami, cara nak rumahtangga bahagia, cara jaga anak. Semua topik-topik berkaitan hubungan kita dengan manusia lain.

Baca : Calculator Loan Rumah Malaysia | Kira Installment Bulanan

Topik-topik ini memang dapat sambutan hangat dari dahulu lagi dan akan kekal berguna. Evergreen topik. Sampai bila-bila pun orang akan cari cara belajar untuk dapat tips-tips berkaitan topik tersebut.

OK, macam mana nak buat blog dan buat duit? Korang kena setkan diri korang untuk spend sejam sahaja sehari. Untuk post 1 artikel 1500 perkataan sehari. Selama 6 bulan hingga setahun.

Baru blog korang boleh dapat banyak organic traffic dari Google. Macam saya buat ni. Pakai blogspot je, free of charge, sesen pun saya tak keluarkan duit. Cuma modal masa dan tenaga sahaja.

Kenapa saya kami suka blogspot sebab ia sangat mudah, dan sekali anda post di blog anda, artikel ni akan ada di sini sampai bila-bila. Korang kena setup artikel, tulis, publish dan biar artikel tu masak di internet.

Sebab setiap artikel tu akan ambil masa 4 hingga 10 bulan untuk di rank di Google.

Macam mana nak kalahkan pesaing korang dalam berbloging ni? 

Haa..kat sini aku ada trik menarik untuk kongsikan ke korang. Macam mana aku boleh jana 3000 pageviews sebulan dengan blogspot aku. Selepas dapat trafik macam ni, kami biar sahaja blog tu tanpa update pun dapat trafik yang konsisten.

Pasif sahaja bisnes model ni. Setup sekali, sampai bila-bila dapat untungnya. Jom tengok contoh salah satu blog kami, sebahagian besar trafik kami dari Google tau!

Cuba korang tengok trafik dari salah satu blog dari blogger.com yang aku buat setahun lepas.

Kalau aku biar sahaja blog ni tanpa apa-apa promosi selepas ini, ia akan tetap akan dapat trafik dari Google. Free! Dan selagi artikel-artikel aku di rank di Google selagi tu lah aku dapat trafik ni free.

Sampailah ada orang kalahkan rank aku di Google dan ada artikel yang lebih baik dari artikel yang aku dah publish. Trik nye di sini, aku buat artikel-artikel panjang tau!

Lebih kurang 1500 ke 2000 lebih patah perkataan. So, sanggup ke orang lain tulis panjang macam aku untuk kalahkan aku di Google hehe.

InsyaAllah trafik ni akan bertahan bertahun-tahun lamanya. Kalau macam blog ni, ia adalah dalam niche kesihatan.

Jadi kami boleh letak Iklan Adsense, boleh juga letak affiliate links macam Klikjer, Involve Asia untuk promote barang di Shopee, Lazada dll. atau kami boleh jual produk kami sendiri dengan letak Link ke Whatsapp untuk order.

Memang lepas kami monetize, banyak sms Whatsapp masuk untuk beli produk yang kami promote.

OK, jom kami ajar macam mana kami buat SEO untuk blog-blog kami supaya dapat ranking yang baik di search engine.

CARA DAPAT RANKING NO 1 DI GOOGLE DENGAN CEPAT

#1 Langkah Pertama

Step pertama, korang install Chrome Extension "Keyword Everywhere". Begini rupanya extension tu selepas install di chrome ya. Korang kena verify guna email nanti. Pandai-pandailah korang ye, ikut sahaja arahannya nanti.


#2 Langkah Kedua

OK, selepas tu korang pergi Google apa -apa keyword yang korang nak di rank. Nanti Keyword Everywhere ni akan bagi suggestion yang banyak untuk keyword-keyword lain.

Contohnya dalam niche kesihatan, kami Google "Cara putihkan gigi". Sebelah kanan tu akan ada suggestion yang banyak tentang artikel yang korang boleh tulis.


Korang test satu-satu keyword yang dekat tepi tu. Kalau nak senang dapat rank, buat artikel untuk "People Also Search For". Itu paling tak banyak persaingan. Mat Salleh panggil "long tail keywords".

Kalau "Related Keywords", banyak sedikit persaingan tapi Search Volume agak tinggi. Tapi percaya tak, memang terlalu banyak keyword yang korang masih boleh rank dengan baik (kurang persaingan dan search tinggi di Google).

Apa yang kami buat, kami akan cari keyword yang ada 100-1000 search sebulan di Google Keyword Planner. Keyword tu pula perlu ada website-website lemah seperti facebook dan blogspot di search result page pertamanya.

Dan pastikan juga tiada artikel yang tulis sebijik macam keyword yang korang search tu. Ok, biar kami kasi contoh:

Ini tandanya search result tu lemah, ada result dari blogspot. Lagi-lagi result di situ tak ada yang perkataannya sebijik macam keyword yang kita search.

Maknanya bukan konteks yang betul search result tu. So buat sahaja artikel yang betul-betul relevan dan menjawab persoalan orang yang sedang cari "cara nak dapat duit dalam sehari" dan anda akan dirank dengan baik di Google.

Kalau korang buat artikel "Cara nak dapat duit dalam sehari" (sebijik keyword tu) dan korang letak beberapa keyword tu di artikel korang, memang korang sudah buat 90% SEO.



Tengok, search volume agak tinggi. Korang bayangkan hanya dengan tulis artikel tersebut dengan exact keyword, korang boleh di rank dengan tinggi. Tiada orang tulis artikel dengan exact keywords macam contoh ni.



#3 Langkah Ketiga

Seterusnya, korang kene spy sikit pesaing korang. Target korang adalah korang nak buat artikel yang lebih baik dari ranking pertama tadi. So, korang mesti buat artikel yang lebih relevan dan lebih panjang sedikit sahaja.

"Bila artikel anda relevan, orang klik ke website, orang baca sampai habis, lepas tu klik artikel anda yang lain, lepas tu tak pergi cari semula di Google, benda tu akan beri signal ke Google bahawa website anda sangat bagus. Anda akan dinaikkan rank sampai ranking pertama di Google!"



OK, selepas kita jadi 'spy' ke page yang dapat ranking pertama di Google, copy paste artikel mereka di Word dan kira bilangan perkataannya, ada 995 perkataan. Jadi, anda kena buat artikel dalam 1500 perkataan dan anda akan dapat kalahkan page tersebut selepas artikel anda dirank oleh Google selepas 4 ke 8 bulan.

Haa, menarik tak tips dari kami, Cuba korang try sendiri cara buat duit tepi dengan ber blogging ni, boleh tahan seronok sebenarnya.


No comments:

Formula Untung Bersih - Panduan Lengkap

  Formula Untung Bersih: Panduan Lengkap Pendahuluan Setiap perniagaan, besar atau kecil, bertujuan untuk meraih keuntungan. Namun, untuk me...